Elak pencemaran silang sempena Ramadan

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengendali atau pekerja yang tidak menjaga kebersihan peralatan penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang.

- Advertisement -

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari orang, bahan mentah atau kawasan yang kotor ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus.

“Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah semasa kita menyediakan makanan di dapur,” ujar KKM dalam satu kenyataan di laman sosialnya sebagai pesanan kepada semua sempena Ramadan

Menurut KKM lagi, peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk pencemaran silang berlaku.

Justeru, KKM menyeru supaya dielakkan pencemaran silang dengan membersihkan peralatan memasak seperti papan pemotong, kuali, periuk dan senduk sebelum menyediakan makanan.

Ini, menurutnya bagi mengelakkan pencemaran silang oleh kuman terhadap makanan yang disediakan. – HARAKAHDAILY 28/3/2024

- Advertisement -