Pakar PBB isu genosid Gaza terima ancaman

Francesca Albanese (FOTO: The Senior)
- Advertisement -

NEW YORK: Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang membuat penyelidikan dan laporan tentang genosid oleh rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza telah diancam.

Francesca Albanese, pelapor khas PBB mengenai situasi hak di wilayah Palestin, berkata pada minggu ini terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai Israel melakukan genosid atau pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin di Gaza.

- Advertisement -

Israel yang sudah lama mengkritik Albanese dan mandatnya, mengecam laporannya sebagai ‘penyongsangan yang tidak senonoh terhadap realiti’, lapor The New Arab.

Pakar bebas itu, yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 2022 tetapi tidak bercakap bagi pihak PBB, berkata bellia ‘telah diserang sejak awal mandat saya”.

“Saya menerima ancaman,” akuinya, tetapi berkata bahawa beliaau tidak menerima ‘apa-apa ancaman yang setakat ini memerlukan langkah berjaga-jaga tambahan’.

“Tekanan itu malam mendorong saya ‘untuk tidak berundur’ daripada menghasilkan laporan tentang genosid di Gaza,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/3/2024

- Advertisement -