Bimbing Orang Asli tingkat taraf sosio ekonomi

Dr Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff menyarankan kerajaan membantu masyarakat Orang Asli di Kuala Koh dengan memberi bimbingan bagi meningkatkan ekonomi mereka.

- Advertisement -

“Antara aktiviti Kaum Bateq di Kuala Koh, Taman Negara, untuk ekonomi adalah mengambil madu.

“Jadi apakah usaha kerajaan ataupun pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sendiri untuk membimbingan masyarakat Orang Asli di sini, terutamanya dalam menjadikan pembungkusan yang baik supaya menjadi produk premium untuk mereka,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi soalan tambahan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Negara, Parlimen, di sinj hari ini.

Pada saoalan asal, Senator Dato’ Ajis Sitin meminta kementerian terbabit menyatakan usaha bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Orang Asli dari suku kaum Che Wong dan Bateq yang berada di sepanjang tebing Sungai Tembeling, Pahang.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, bantuan diberikan berdasarkan permohonan yang dikemukakan.

“Kita sebenarnya beri bantuan, tetapi berdasarkan permohononan yang mereka mohon.

“Kadang mereka ada cara tersendiri, untuk bantu mereka kita terpaksa tolong berdasarkan apa yang mereka mahu,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/3/2024

- Advertisement -