PAS sentiasa terkehadapan cemerlang tadbir negeri 

Ahmad Samsuri (tengah) bersama wakil syarikat Korea Selatan, Star Group Industries Co. Ltd. dan kerajaan negeri Terengganu.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS sentiasa terkehadapan dalam mentadbir negeri dengan cemerlang, namun dikhuatiri terbatas akibat sekatan-sekatan tertentu.

PAS Selangor berkata demikian dalam satu kenyataan pada hari sambil menambah bahawa, sekiranya PAS bersama PERIKATAN NASIONAL (PN) memimpin Selangor, insya-Allah, negeri industri gergasi ini juga akan lebih berdaya saing. 

- Advertisement -

Kenyataan PAS Selangor itu mengulas kenyataan Menteri Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Facebook beliau mengenai kerajaan Terengganu yang telah mengadakan perbincangan, semalam (19 Mac) dengan sebuah syarikat Korea Selatan, Star Group Industries Co. Ltd., menyaksikan nilai potensi pelaburan mencecah AS$200 juta (RM948 juta).

“Star Group Industries. Co. Ltd merupakan satu-satunya peneraju pembekal penyelesaian bersepadu di Korea untuk “super magnet”.

“Terima kasih Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Group Industries Co. Ltd., Koon-Seung dan Pengarah Kanan syarikat itu, Yong-Tae Park, telah memberikan penerangan kepada delegasi,” kata Ahmad Samsuri. – HARAKAHDAILY 20/3/2024

- Advertisement -