Cuaca kering, suhu lebih 35°C dijangka masih berlaku

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh ramalan tujuh hari ke hadapan.

- Advertisement -

Ketua Pengarah MetMalaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah hari ini berkata ia berdasarkan analisis model-model cuaca.

Walau bagaimanapun, katanya ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutamanya di barat Semenanjung dan Sarawak pada lewat petang dan awal malam.

Justeru, ujarnya orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – HARAKAHDAILY 20/3/2024

- Advertisement -