Pelajar universiti curi wang bank RM189 juta

Sebanyak 490,000 transaksi ‘haram’ telah direkodkan dalam pengeluaran wang daripasa Bank Komersial Ethiopia. (FOTO: BBC)
- Advertisement -

ADDIS ABABA, Ethiopia: Sejumlah AS$40 juta (RM189 juta) telah ‘dicuri’ dari Bank Komersial Ethiopia (CBE) selepas berlaku kesilapan teknikal terhadap sistem bank berkenaan, ketika pihaknya sedang dalam proses untuk penambahbaikan sistem perbankan mereka. 

Presiden CBE, Abe Sano berkata, sebanyak 490,000 transaksi ‘haram’ telah direkodkan sepanjang berlakunya kesilapan teknikal berkenaan yang terjadi selama beberapa jam sebelum pihaknya berjaya membekukan transaksi-transaksi tersebut.

- Advertisement -

Presiden CBE, Abe Sano berkata, sebanyak 490,000 transaksi ‘haram’ telah direkodkan sepanjang berlakunya kesilapan teknikal berkenaan yang terjadi selama beberapa jam sebelum pihaknya berjaya membekukan transaksi-transaksi tersebut.

Menurutnya, kebanyakan pengeluaran haram itu dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti yang mengetahui akan isu berkenaan menerusi mesej dan panggilan telefon yang diterima mereka, lapor BBC.

Antara universiti-universiti yang paling banyak direkodkan melakukan pengeluaran haram tersebut adalah Institut Teknologi Universiti Jimma dan Fakulti Teknologi Universiti Addas Ababa. 

Seorang pelajar dari Institut Teknologi Universiti Jimma memaklumkan barisan panjang terjadi di mesin pengeluaran wang (ATM) untuk mereka mengeluarkan duit, sebelum pihak polis tiba di universiti untuk menghentikan aktiviti tersebut, lapor BBC.

“Saya tidak mempercayai ia sesuatu yang betul apabila kawan saya beritahu, kami  boleh mengeluarkan wang dengan jumlah yang besar (melebihi baki dalam bank), atau memindahkan duit menggunakan aplikasi bank berkenaan,”  ujarnya. 

Sebanyak tiga buah universiti telah mengeluarkan kenyataan yang meminta agar pelajarnya memulangkan semula kesemua wang haram yang diambilnya dari CBE dan sesiapa yang bertindak sedemikian tidak akan dikenakan sebarang tindakan. 

Presiden CBE dalam pada itu, menegaskan  pelanggan dan pengguna bank berkenaan tidak perlu risau kerana tiada sebarang kehilangan wang berlaku di dalam akaun peribadi mereka.  – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -