Serangan Israel ke atas Rafah: Janji manis Netanyahu

Kem pelarian penduduk Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza yang dirakam pada 14 Feb 2024. (FOTO: cpcml.ca)
- Advertisement -

RAFAH, Semenanjung Gaza: Orang awam Palestin yang kini sedang berlindung di Rafah dijanjikan akan dibenarkan meninggalkan bandar itu sebelum tentera Zionis memasuki kawasan berkenaan, namun tidak dinyatakan ke mana mereka harus pergi dari kawasan yang dikepung itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menaburkan janji manis itu yang dikhuatiri sebenarnya adalah janji palsu ketika melawat Canselor Jerman, Olaf Scholz, susulan kebimbangan antarabangsa mengenai nasib kira-kira 1.5 juta orang yang berlindung di Rafah, kebanyakan mereka kehilangan tempat tinggal akibat perang di Gaza.

- Advertisement -

Scholz semalam (17 Mac) telah mengadakan perbincangan di Israel dengan Netanyahu selepas singgah lebih awal di Jordan, lapor agensi berita, DW.

Kedua-dua Scholz dan Netanyahu telah membincangkan usaha ke arah gencatan senjata, keperluan mendesak untuk lebih banyak bantuan kemanusiaan dan serangan tentera Israel yang dirancang di Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza itu.

“Ia bukan sesuatu yang akan kami lakukan (serangan) dengan membiarkan penduduk terkurung di tempat itu

“Malah, kami akan melakukan sebaliknya, kami akan membolehkan mereka berpindah,” katanya semasa sidang akhbar di Baitulmaqdis bersama Scholz

Scholz bagaimanapun menimbulkan persoalan: “Ke mana mereka (oarang awam di Rafah) harus pergi?”

Scholz yang dalam rangka lawatan dua hari ke Timur Tengah, sebelum itu memberi amaran bahawa serangan Israel ke atas Rafah akan menjadikan keamanan serantau ‘sangat sukar’.

Beliau menyeru Netanyahu untuk mencuba pendekatan lain dalam perangnya terhadap Hamas tanpa memberi kesan kepada orang awam  dii Palestin.

“Semakin lama perang berlangsung, semakin tinggi jumlah korban awam meningkat, semakin terdesak keadaan bagi penduduk Gaza, semakin timbul persoalan, ‘Tidak kira betapa pentingnya matlamat, bolehkah ia membenarkan  yang tinggi atau adakah cara lain untuk mencapai matlamat anda?”  katanya. 

Canselor itu juga menggesa perjanjian untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh pejuang Hamas sebagai sebahagian daripada ‘perjanjian gencatan senjata yang lebih tahan lama’ antara Israel dan Hamas.

Beliau juga bercakap tentang keperluan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan yang komprehensif kepada penduduk Gaza sekarang setelah perang telah melepasi paras lima bulan.

“Kami tidak boleh berdiam diri dan melihat rakyat Palestin menghadapi risiko kelaparan. Itu bukan kami. Bukan itu yang kami perjuangkan,” tegas Scholz.

Terdahulu, Netanyahu memberi kelulusan pada minggu lalu untuk serangan tentera Zionis ke atas Rafah.

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan info berkaitan di Gaza:-

  • * Delegasi Israel yang diketuai oleh ketua perisik Mossad dijangka di Doha, Qatar bagi membincangkan cadangan Hamas untuk rancangan tiga peringkat untuk menamatkan perang
  • *Presiden Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen berkata, pencerobohan Rafah yang dirancang Israel mesti ‘perlu‘dielakkan walau apa pun alasan’, manakala Netanyahu menegaskan kepada Scholz  bahawa operasi itu akan diteruskan.
  • *Sembilan belas trak bantuan selamat tiba di Jabalia sebagai konvoi pertama yang melakukan perjalanan dari selatan ke utara Semenanjung Gaza tanpa sebarang insiden dalam tempoh empat bulan membawa bantuan yang amat diperlukan.
  • *Serangan Israel ke atas Deir el-Balah di tengah Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan ramai lagi, termasuk kanak-kanak, menurut video dan saksi.
  • *Selepas 164 hari perang Israel-Hamas, sekurang-kurangnya 31,645 rakyat Palestin telah terkorban dan 73,676 yang lain cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. – HARAKAHDAILY 18/3/2024
- Advertisement -