UEC: Universiti Awam belum iktiraf – KPT

Dato' Rosol Wahid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjelaskan kedudukan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sama ada akan diiktiraf di Universiti Awam atau Swasta.

- Advertisement -

Dato’ Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata, bahawa beliau difahamkan Universiti Selangor (UNISEL) mengiktiraf peperiksaan UEC sebagai antara syarat pendaftaran kemasukan.

Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Pendidikan Tinggi (KPT)semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengiktiraf UEC.

“(Tetapi) Bagi dalam konteks kita di universiti-universiti awam kita belum mengiktiraf lagi,” jawab beliau. – HARAKAHDAILY 13/3/2024

- Advertisement -