Tentera: Tingkat penyertaan awam, graduan

Komander (B) Nordin Ahmad Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjayakan penyertaan orang awam dalam Rejimen Askar Wataniah demi memupuk semangat cintakan negara, kata Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut).

“Apakah bentuk bantuan dan sokongan kerajaan dalam membantu transisi lepasan graduan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) ini untuk menyertai pasukan tetap?

- Advertisement -

“Perkara ini termasuk agensi keselamatan lain serta penambahbaikan dari segi pendirian konsep latihan dalam usaha meningkatkan penyertaan rekrut baru dalam kalangan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, tadi.

Beliau dalam soalan asalnya meminta kementerian menyatakan penjelasan berkaitan sambutan sedia ada program PALAPES di Universiti Awam serta tahap kerjasama pihak universiti.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kementeriannya telah memberikan insentif kepada anggota PALAPES di peringkat universiti yang diberikan kadar sebanyak RM8.50 setiap jam.

“Saya fikir persoalan yang melibatkan disiplin, dedikasi dan juga integriti anggota PALAPES ini boleh memberikan suatu keutamaan untuk kerjaya mereka pada masa hadapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2024

- Advertisement -