Verstappen tinggalkan Red Bull?: Bapa kritik Horner

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner (kiri) bersama Jos Verstappen. (FOTO: Sky Sports)
- Advertisement -

BAHRAIN: Dunia permotoran Formula 1 (F1) kini dihangatkan dengan berita tergempar apabila terdapat laporan mengatakan bahawa juara dunia tiga kali daripada pasukan Red Bull, Max Verstappen bakal menyertai pasukan Mercedes.

Ini berikutan kekosongan yang ditinggalkan oleh Lewis Hamilton yang mengumumkan bakal menyertai Ferrari pada musim hadapan.

- Advertisement -

Namun, Verstappen terpalit dalam ‘drama’ kontroversi apabila bapanya, Jon Verstappen masuk campur dengan mengkritik ketua Red Bull, Christian Horner.

Terdahulu, pengurusan Red Bull dikatakan bergolak apabila berlakunya skandal yang melibatkan Horner yang terpalit dengan isu peribadi antara beliau dan seorang pegawai perempuan dalam pasukannya.

Jos Verstappen dalam kenyataannya, meminta agar Horner melepaskan jawatannya untuk mengelakkan daripada skandal peribadi suami kepada mantan anggota Spice Girls, Geri Halliwell itu menjejaskan momentum pasukan.

Ratusan mesej WhatsApp yang bocor telah dihantar ke pihak media dan pasukan-pasukan yang lain, sehari selepas Horner dilepaskan daripada tuduhan tersebut, lapor news.com.au/sport

“Terdapat tekanan di sini selagi dia (Horner) kekal dengan jawatannya,” tegas Jos Verstappen memberitahu media selepas tamatnya Grand Prix Bahrain pada sabtu lepas.

“Pasukan di dalam bahaya untuk berpecah. Ianya tidak boleh ke arah itu. Ia akan mendatangkan bencana,” tambahnya.

Jos Verstappen juga sering dilihat mengadakan perbincangan dengan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff di F1, Bahrain sepanjang minggu perlumbaan.

Mereka juga dilihat telah makan malam bersama di hotel Four Seasons tetapi ditegaskan oleh Jos bahawa pertemuan mereka itu hanyalah sekadar pertemuan ‘antara rakan’ – HARAKAHDAILY 6/3/2024

- Advertisement -