Gaza: DHPP Kelantan selar Zionis Israel

Lim Guan Seng
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketika persiapan sambutan Tahun Baru Cina sedang giat dilakukan, Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Kelantan, tidak lupa pada penderita penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang tidak henti-henti diserang Zionis Israel sehingga kini.

Bersimpati dengan penduduk di Gaza, Pengerusi DHPP Kelantan, Lim Guan Seng tampil menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis itu.

- Advertisement -

Menurutnya, konflik antara Israel dan Palestin itu pada akhirnya membawa sengsara kepada rakyat di bumi itu tanpa mengira agama.

“Apa yang kita perjuangkan adalah hak kemanusiaan, yang tinggal di Palestin bukan umat Islam sahaja, tapi ada juga beragama lain.

“Jadi, kami dari DHPP amat bersimpati dengan mereka sehingga penderitaan hidup yang terpaksa ditanggung hingga ke akhir ini, malah dibom lagi tanpa kesudahan,” ujarnya.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa Palestin, jumlah serangan terhadap rakyatnya kini mencecah 28,268 kes sejak perang Hamas-Israel meletus pada 7 Oktober 2023 di Semenanjung Gaza sehingga hari ini.  HARAKAHDAILY  9/2/2024

- Advertisement -