Jurulatih lagenda, Azraai Khor meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Arena bola sepak negara kehilangan satu lagi permata berharga selepas bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah, 71, menghembuskan nafas terakhir selepas diserang strok, tadi.

Khabar duka pemergian Allahyarham Azraai disahkan oleh anaknya, Firdaus Zainuddin menerusi laman Facebook sebentar tadi.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat bapa saya, Mohd Azraai Khor yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

- Advertisement -

“Mohon sama-sama kita berdoa agar Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

“Semoga rohnya dilimpahi dengan belas kasihan dari Allah Azza Wa Jalla dan semoga Allah SWT mengangkat darjatnya bersama-sama dengan hamba-hambanya yang soleh,” katanya.

Allahyarham yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Sebagai jurulatih pula, Allahyarham membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.– HARAKAHDAILY  8/2/2024

- Advertisement -