Belajar teknologi digital dengan bayaran rendah

- Advertisement -

KANGAR: Program Inspirasi Usahawan Digital antara platform melatih usahawan dengan bayaran yang rendah.

- Advertisement -

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Ustaz Fakhrul Anwar Ismail, peserta dapat menikmati pelbagai manfaat berkaitan teknologi digital dengan hanya bermula serendah RM5 sebulan.

“Program ini sudah memasuki siri kedua, dan kali ini memberi fokus kepada platform digital seperti Shopee dan Shopee Live.

“Peserta dibimbing secara langsung oleh petugas yang mahir dalam bidang ini,” katanya, di sini.

Tambah Fakhrul, melalui program itu peserta juga dibantu untuk meningkatkan kualiti video tayangan bagi menarik perhatian pembeli.

Program anjuran Rakan Digital, Pusat Ekonomi Digital (PEDI) yang diadakan di Perumahan Rakyat (PPR) Bintong, semalam disertai enam peserta.

Sementara pada siri ketiga pada 15 Februari depan, peserta akan didedahkan mempelajari asas pengaturcaraan microbit.

Justeru beliau mengharapkan lebih ramai warga Bintong khususnya yang menjalankan perniagaan mengambil manfaat serta tidak melepaskan peluang menyertainya. – HARAKAHDAILY 8/2/2024

- Advertisement -