Dakwaan mahkamah terhadap Christian Horner Jumaat ini

Christian Horner bakal menghadapi perbicaraan mahkamah pada 9 Feb 2024. (FOTO: GPFans)
- Advertisement -

LONDON: Perbicaraan di mahkamah terhadap aduan mengenai tingkah laku tidak wajar yang dibuat oleh ketua pasukan Formula 1 (F1) Red Bull, Christian Horner terhadap pekerjanya akan berlangsung pada hari Jumaat (9 Feb) ini.

Red Bull dalam kenyataannya berkata, ia mengambil dakwaan itu sebagai ‘sangat serius’ apabila berita mengenainya muncul pada Isnin (5 Feb) sebelum memulakan siasatan.

- Advertisement -

Horner, 50, telah membantu enam kejuaraan bersama Red Bull sejak menjadi ketua pasukan pada 2005, lapor BBC Sport.

Terdahulu, ditanya mengenai dakwaan oleh akhbar Belanda De Telegraaf, Horner menafikan sepenuhnya dakwaan tersebut.

Walaupun Red Bull belum mengesahkan sifat aduan itu, BBC Sport melaporkan bahawa  dakwaan itu berkaitan dengan dakwaan ‘tingkah laku yang tidak sesuai’.  HARAKAHDAILY  6/2/2024

- Advertisement -