Tentera Yaman sasar dua kapal Amerika, British di Laut Merah

Juriucakap Angkatan Tentera Yaman (YAF), Yahya Saree. (FOTO: Farnews.ir)
- Advertisement -

SANA’A: Angkatan Tentera Yaman (YAF)  mengumumkan dua operasi ketenteraan yang dijalankan di Laut Merah berjaya menyasarkan kapal Amerika dan British, sebagai kemenangan untuk penindasan rakyat Palestin dan sebagai sebahagian daripada tindak balas kepada pencerobohan Amerika-British di negara itu.

Jurucakap YAF, Yahya Saree dalam satu kenyataan pada hari ini (6 Feb) berkata bahawa YAF telah melakukan dua operasi ketenteraan di Laut Merah, yang pertama berjaya menyasarkan kapal Amerika, Star Nasia; dan satu lagi menyasarkan kapal British, Morning Tide, dengan kedua-dua kapal itu disasarkan dengan peluru berpandu tentera laut negara itu.

- Advertisement -

Kenyataan itu juga mengesahkan matlamat sasaran terhadap kedua-dua buah kapal berkenaan adalah tepat dan langsung, lapor agensi berita rasmi Yaman, Saba.

Angkatan Tentera Yaman turut  mengumumkan akan menjalankan lebih banyak operasi ketenteraan kualitatif terhadap sasaran musuh penceroboh AS  dan British di Laut Merah dan Arab, dalam zon hak negara itu yang sah untuk bertindak balas terhadap pencerobohan dan mempertahankan tanah air.  HARAKAHDAILY  6/2/2024

- Advertisement -