Israel layan tahanan lelaki Gaza seperti lembu

Tentera sraeli yang menceroboh Gaza berdiri di tepi trak yang penuh dengan tahan warga Palestin yang terikat dan ditutup mata di Semenanjung Gaza yang terkepung. (FOTO: Arkib AP)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Kumpulan lelaki di Semenanjung Gaza yang ditahan tentera Israel berkongsi pengalaman pahit mereka yang hanya dibenarkan memakai pakaian dalam, ketika cuaca sejuk, selain gambar mereka dirakam.

Ratusan rakyat Palestin di seluruh utara Gaza yang dikepung ketika itu telah ditangkap, memisahkan mereka daripada keluarga masing-masing, sebelum dibawa  menaiki beberapa trak ke kem tahanan di pantai, di mana mereka menghabiskan berjam-jam, dalam beberapa kes berhari-hari dalam keadaan kelaparan dan kesejukan.

- Advertisement -

Penduduk Palestin yang dipenjarakan di bandar Beit Lahiya yang hancur dibom tentera udara Israel, di  kem pelarian bandar Jabaliya dan kawasan kejiranan bandaraya Gaza berkata mereka diikat, ditutup mata dan diikat dan dihimpun beramai-ramai bersesak di belakang trak.

Ada yang berkata, mereka dibawa ke kem di lokasi yang tidak didedahkan, dibenarkan berpakaian sangat minimum dengan diberikan hanya sedikit air, lapor TRT World.

“Kami dilayan seperti lembu, mereka juga menulis nombor di tangan kami,” kata Ibrahim Lubbad, seorang jurutera komputer berusia 30 tahun yang ditahan di Beit Lahiya pada 7 Dis lalu bersama sedozen ahli keluarga lelakinya  lain dan ditahan semalaman.

“Kami dapat merasakan kebencian mereka terhadap kami,” kongsinya.

Penahanan sadis lelaki Gaza  itu telah mendedahkan taktik yang muncul dalam pencerobohan darat Israel di Gaza, kata pakar perang, ketika Israel tentera berusaha untuk mengukuhkan kawalan di kawasan di mana ia mengusir penduduk Palestin di utara dan mengumpulkan risikan mengenai  pejuang Hamas.

Dalam menjawab soalan mengenai penganiayaan, tentera Israel mendakwa bahawa tahanan ‘dilayan mengikut protokol’ dan diberi makanan dan air yang mencukupi.

Jurucakap tentera, Daniel Hagari, berkata kumpulan  lelaki Gaza yang ditahan itu telah disoal siasat dan kemudian disuruh berpakaian; dan dalam kes di mana ini tidak berlaku (hanya dibenarkan berpakaian sangat minimum), tentera akan memastikan ia tidak berlaku lagi.

Gambar dan video menceritakan sebaliknya menunjukkan kumpulan lelaki Palestin Gaza melutut di jalanan, dengan kepala tunduk, dan tangan terikat di belakang mereka yang hanya berpakaian dalam, yang  mencetuskan kemarahan selepas tular di media sosial dan mengingatkan kepada era Nazi di Jerman.

Menurut temu bual dengan 15 keluarga tahanan, ia adalah satu penghinaan yang teramat sangat buat rakyat Palestin  di Gaza.

Antara mereka yang ditangkap termasuklah kanak-kanak lelaki seawal 12 tahun sehingga warga emas  lelaki berusia 70 tahun, dan mereka termasuk orang awam yang menjalani kehidupan biasa sebelum perang, menurut temu bual dengan 15 keluarga tahanan.

“Satu-satunya ‘jenayah’ saya ialah tidak mempunyai wang yang cukup untuk melarikan diri ke selatan,” kata Abu Adnan al Kahlout, seorang penganggur berusia 45 tahun yang menghidap diabetes dan darah tinggi di Beit Lahiya.

Dia ditahan pada 8 Dis lalu dan dibebaskan selepas beberapa jam apabila tentera Israel mendapati dia terlalu tenat, mual dan hampir pengsan untuk diseksa.  HARAKAHDAILY 15/12/2023

- Advertisement -