Adun dayung sampan agih bantuan banjir

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sehingga sekarang seramai 1,722 mangsa banjir ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Selangor.

- Advertisement -

Paling ramai mangsa banjir dipindahkan di Kelantan melibatkan 1,258 mangsa yang ditempatkan di 20 PPS di tiga jajahan iaitu Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.

PPS terbabit iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Embak Kuala Krai seramai 208 mangsa, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Kajang Tanah Merah (117 mangsa), dan Sekolah Menengah Kuala Krai (112).

Keadaan cuaca di Kelantan hari ini mendung tanpa hujan lebat seperti dua hari lepas.

Di Kuala Krai Adun Guchil Hilmi Abdullah mengagihkan bantuan keperluan asas dengan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah di Guchil.

Beliau mendayung sampan yang penuh dengan bantuan keperluan harian. (Foto atas)

Di Terengganu sehingga sekarang tujuh PPS dibuka yang menempatkan 358 mangsa banjir daripada 120 keluarga. Banjir melanda daerah Hulu Terengganu dan Setiu.

Paling ramai mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Pengkalan Ajal Hulu Terengganu menempatkan 146 mangsa dan PPSK Felcra Gunung Menerong Hulu Terengganu (132 mangsa).

Selangor masih mengekalkan 106 mangsa banjir daripada 35 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di negeri itu. – HARAKAHDAILY 15/12/2023

- Advertisement -