Sudah akhir tahun, ADUN PN belum terima peruntukan

Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor diharap dapat mempertimbangkan semula agihan peruntukan kepada Ahli Dewan Undngan Negeri (ADUN) PERIKATAN NASIONAL yang sah dipilih rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15.

- Advertisement -

ADUN Sementa, Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh menegaskan seramai 22 orang ADUN PERIKATAN NASIONAL masih belum mendapat peruntukan walaupun sudah lebih 100 hari mereka menjadi wakil rakyat.

Menurut beliau, mereka dipilih oleh rakyat, jadi kerajaan PH Selangor perlu menghormati pilihan rakyat dan berlaku adil terhadap ADUN PERIKATAN NASIONAL.

Kata beliau, isu peruntukan itu telah banyak kali disuarakan terutama dalam sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Beliau berkata, pada sidang DUN lalu Menteri Besar menjawab pertanyaan daripada ADUN PERIKATAN NASIONAL bahawa peruntukan mereka akan diagihkan pada penghujung tahun 2023.

Katanya, peruntukan itu akan diagihkan sebanyak RM50,000 dahulu.

“Tetapi sampai sekarang peruntukan itu tidak ada lagi, sudah hujung tahun,” katanya ketika ditemui di pejabat DUN Sementa.

Beliau tidak menafikan sekatan peruntukan kepada semua ADUN PERIKATAN NASIONAL Selangor ada kaitannya dengan tindakan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, Kerajaan Persekutuan diketuai PMX turut menyekat peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL.

Menurut beliau PMX menyebut jika hendak peruntukan jumpa dan berbincang dengannya tetapi apabila sudah bincang, hasilnya kena menyokong kerajaan.

Di Selangor kata beliau, PERIKATAN NASIONAL mempunyai 22 ADUN terdiri daripada PAS dan Bersatu.

“Tidak ada kesangsian antara kita, kita harap insya-Allah akan menjadi pembangkang kuat di Selangor.

“Kerajaan PH khususnya Selangor kena akur bahawa peruntukan itu adalah hak ADUN jadi kena ditunaikan,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 15/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -