Bank sekat buka akaun tubuh koperasi sebab politik?

Tuan Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan pelbagai pihak bank membuat sekatan terhadap orang ramai  yang ingin membuka akaun bank untuk tujuan koperasi adalah amat tidak wajar.

Senator Tuan Hussin Ismail berkata, terdapat banyak rungutan daripada ramai rakan-rakannya yang mahu menggerakkan penubuhan koperasi tetapi disekat oleh pelbagai pihak bank seolah-olah terkait dengan sedikit fahaman politik. 

- Advertisement -

Menurut beliau, ada yang mengeluh dengan menyatakan sampai 6 bulan masih tidak dapat membuka akaun bank untuk tujuan tersebut manakala ada yang langsung tidak diberikan oleh pihak bank itu sendiri.

“Adakah ini satu tindakan yang bagus dibuat oleh pelbagai pihak bank atau Yang Berhormat Menteri Koperasi ada dalam makluman?” katanya ketika Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau mengkritik pelbagai pihak bank yang melakukan perkara tersebut seolah-olah pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan orang politik dilayan sebagai rakyat kelas kedua.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Puan Saraswathy A/P Kandasami dalam jawapannya menyatakan isu tersebut bukan di bawah kekuasaan Kementerian beliau kerana hujahnya, persoalan itu harus ditanya kepada pihak bank itu sendiri. 

“Kalau sekiranya ada masalah untuk membuka akaun bank koperasi itu adalah terpulang kepada bank-bank tersebut sebab apa mereka tidak meluluskan dan bukan di bawah kuasa kami,” katanya.  HARAKAHDAILY 4/12/2023

- Advertisement -