‘Nikotin harus kekal sebagai bahan beracun’

Rushdan Rusmi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nikotin seharusnya dikekalkan sebagai senarai bahan beracun dalam negara ini.

Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berkata demikian susulan keputusan kerajaan yang telah mengeluarkan nikotin daripada senarai akta bahan beracun selepas fasal Generasi Penamat Rokok (GEG) digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat kali ini. 

- Advertisement -

“Ia (nikotin) berisiko untuk ramai golongan muda dan kanak-kanak terdedah kepada bahan tersebut. Bahan sebegini boleh disebarkan melalui penggunaan vape yang semakin meluas digunakan oleh golongan  muda.

“Ini menyebabkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) terpaksa menjadi lebih mendesak hasil daripada tindakan tersebut,”  katanya ketika Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

“RUU tersebut adalah penting dalam melindungi kesihatan rakyat Malaysia daripada bahaya tembakau dan produk nikotin seperti Vape,” katanya.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -