Parti anti-Islam menang pilihan raya Belanda

Pemimpin PVV, Geert Wilders sebelum ini ketika dalam kempen pilihan raya, telah berikrar untuk mengharamkan al-Quran di Belanda, jika beliau diundi memegang tampuk pemerintahan negara itu. (FOTO: REUTERS0 ​
- Advertisement -

RABAT: Parti paling kanan, dan anti-Islam pimpinan Geert Wilders dilaporkan telah memenangi pilihan raya Belanda.

Tinjauan umum telah mencadangkan bahawa Parti Kebebasan (PVV) pimpinannya  telah memenangi 35 kerusi di parlimen, untuk memenangi pilihan raya berkenaan dengan selesa.

- Advertisement -

Jika disahkan, keputusan akhir ini mungkin menimbulkan ancaman besar kepada masyarakat Islam di Belanda, kerana parti Wilders terkenal dengan pendirian anti-Islamnya, lapor Reuters.

Wilders terkenal dengan kenyataan Islamofobianya terhadap Islam dan umat Islam, terutamanya menyasarkan penduduk Maghribi yang tinggal di Belanda.

Pada 2019, ahli politik Belanda itu mencetuskan kontroversi dalam talian selepas menyiarkan gambar bendera Maghribi di sebuah kolam mandi dengan  berkata: “Kami mahu kolam kami kembali! Jadikan mereka selamat untuk wanita dan kanak-kanak.”

Ikrar haramkan al-Quran, masjid, hijab

Terdahulu, Wilders telah dikecam  kerana melabelkan warga Maghribi di Belanda sebagai ‘pengganas’ di platforn X.

Beliau telah menyasarkan Maghribi  selama beberapa dekad, dan pada 2017 ahli politik kontroversi itu menjadi tajuk utama, kerana dia menggelar orang Maghribi  sebagai ‘sampah’.

“Sampah Maghribi di Belanda…sekali lagi bukan semua sampah…tetapi terdapat banyak sampah Maghribi di Belanda yang menjadikan jalan raya tidak selamat, kebanyakannya orang muda…dan itu harus berubah,” katanya pada ketika itu.

Pada 2014, Wilders telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah Belanda, berikutan perhimpunan Islamofobia, yang menyaksikan beliau mengetuai nyanyian anti-Islam, sambil bertanya kepada penyokongnya sama ada mereka mahukan ‘lebih atau kurang orang Maghribi di Belanda’.

Sebagai sebahagian daripada kempen Islamofobianya, Wilders juga telah berikrar untuk mengharamkan al-Quran, masjid dan hijab terutama di dalam bangunan kerajaan, jika dia memegang tampuk pemerintahan Belanda.  HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -