‘Kami mungkin bukan mati dibom, tetapi…’ 

Nour al Saqqa bertahan untuk terus hidup di bumi Gaza pada ketika ini demi untuk menemani ibunya. (FOTO: Tangkapan skrin Instagram Ahmad Faezal)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: “Kami mungkin bukan mati (akibat) dibom, tetapi disebabkan keadaan semasa..”

Itu luahan seorang gadis Palestin, Nour Al Saqqa, 23, yang berjuang untuk terus hidup di bumi di Gaza kepada seorang  penulis geopolitik, Ahmad Faezal.

- Advertisement -

Melalui Instagram miliknya, Ahmad Faezal berkata Nour telah meluahkan bahawa serangan Zionis Israel ke atas Gaza sejak sebulan lalu itu seakan-akan satu agenda untuk membunuh atau pembersihan etnik kira-kira dua juta rakyat Palestin di situ.

Zionis dilihat sengaja mengebom kawasan-kawasan perlindungan orang awam yang kini menjadi pelarian seperti di hospital,kem perlindungan, universiti, masjid, gereja dan lain-lain lagi.

Walaupun seluruh dunia membantah serangan tidak berperikemanusiaan ini tetapi Zionis semakin ‘besar kepala’ dengan berterusan menyerang bumi Gaza kerana disokong kuat terutamanya oleh Amerika Syarikat. 

Gaza bukan sahaja dibedil bertalu-talu oleh Israel menggunakan bom putih fosforus tetapi juga dengan pelbagai jenis bom lain termasuk RDX, sehinggakan setiap sudut ruang negara seluas 365 kilometer persegi tidak selamat. 

Menurut Nour lagi, di sebalik peperangan dan keperitan warga Palestin menghadapinya, dengan bekalan air bersih dan elektrik yang dipotong, keadaan di Gaza umpama nyawa di hujung tanduk. 

Mereka kini hidup terseksa kerana bekalan air sangat sukar didapati selain terpaksa berebut mendapatkannya. 

Justeru, melalui perkongsian New York Times turut melaporkan tentang Nour Al Saqqa yang kini berada di selatan Gaza, sedang berlindung di sebuah tadika, tidak jauh dari laluan Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

“Kualiti hidup teruk sangat pada masa ini. Orang-orang di sini perlu berebut  untuk dapatkan beberapa liter air.

“Bila cakap tiada air, saya mohon orang ramai faham kami dah berhari-hari tak minum air walau setitis pun.

“Kebersihan dah jadi kemewahan sekarang. Tiada air untuk basuh tangan. Tak ada air nak gosok gigi. Macam mana agaknya kalau kena keracunan makanan? Allahuakbar!” ucap Nour menurut laporan New York Times.

“Saya terseksa sangat sebab beberapa hari lalu…  saya terkena keracunan makanan,” kongsinya.

“Kalau bom tak bunuh kami, situasi sekarang inii kami pasti mengambil nyawa kami nanti. Jadi, saya bertahan selama mungkin untuk temankan jbu saya. Cuma saya tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.

“Namun, saya bimbang jika krisis ini berterusan, saya dan ibu akan meninggal dunia. Doakan kami duhai sahabat semua. Jangan berhenti (berdoa)…” katanya. – HARAKAHDAILY 8/11/2023

- Advertisement -