Wakil Palestin hadir perasmian Muktamar PAS ke-69

Barisan sebahagian perwakilan luar negara yang hadir dalam perasmian Muktamar PAS kali ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada hari ini, 20 Okt 2023.
- Advertisement -

SHAH ALAM: Perwakilan luar negara termasuk dari Palestin hadir Muktamar PAS kali ke-69 yang berlangsung bermula pada pada hari ini (20 Okt) di bangunan Ideal Convention Centre (IDCC), di sini.

Wakil Islam gerakan luar negara dari Palestin yang hadir di Muktamar PAS kali ini ialah Khaled Ghawanma, manakala duta negara itu di Malaysia, Walid M. Abu Ali; Pengerusi Organisasi Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Badereddin Seyam; dua lagi wakil PCOM, Muath Omar dan Jehad; serta Muslim Imran dari Asia Middlw East Center for Asia Research & Dialogue (AMEC/PCOM).

- Advertisement -

Barisan wakil Islam gerakan luar negara lain termasuklah Ustaz Husaini Saed dari Persatuan Muslim Phan Rang, Vietnam, Yilmaz Balcin dan dan Nedim Arslan (dari International Youth Forum Saadet Partisi, Turkiye), Mustafa Kaya (Saadet Partisi, Turkiye).

Hadir sama ialah barisan perwakilan asing dari pelbagai negara termasuk Duta Algeria di Malaysia, H.E AbdelHafid Boundour; Duta Senegal, Abdoul Aye Barro; Duta Somalia, Abukar Abdi Osman, Duta Sudan, Hassan Abdul Salem Omer; dan Duta Rusia, Naiyl Latypov.

Tun Mahathir hadir memberi sokongan moral terhadap Muktamar PAS ke-69

Tidak ketinggalan wakil Iran (Kaunselor Pertama, Ahmadreza Daneshkhu dan Kaunselor Ketiga, Peyman Alimohammadi), Pakistan (Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Muhammad Aidil), Azerbaijan (Timbalan Ketua Misi, Elsavar Salmanov), Namibia ((Timbalan Ketua Misi, Rucia Shali), dan Papua New Guinea (Kaunselor Menteri, Peter Mirino) dan Norway (Timbalan Ketua Misi, Tom Jorgen Martinussen).

Seawal pagi ini, berlangsung acara perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 yang akan diadakan selama tiga hari sehingga Ahad (22 Okt), IDCC telah dipenuhi dengan kehadiran tetamu daripada para pimpinan PERIKATAN NASIONAL (PN), perwakilan dan pemerhati dari dalam serta luar negara.

Ketibaan Muhyiddin di IDCC, Shah Alam sempena Muktamar PAS ke-69.

Dua tokoh negara yang hadir ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang dihadiri dua pengiring, serta Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Turut hadir ialah pimpinan utama PN termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Gerakan, Dato’ Dr Dominic Lau; dan Ketua Penerangan PN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Annuar Musa, Azmin Ali dan Dominic Lau turut hadir pada Muktamar PAS ke-69.

Sementara, di sebelah kanan lobi disediakan booth  pelbagai agensi kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, urusetia SkimPAS, pameran buku, jualan makanan sunnah, dan Harakah/HarakahDaily.

Di penghujung lobi, pengunjung dapat melihat pameran potret-potret presiden PAS sejak penubuhan parti itu. – HARAKAHDAILY 20/10/2023

- Advertisement -