Keputusan pemilihan AJK Dewan Ulamak PAS 2023-2025

- Advertisement -

SHAH ALAM: Sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-62 yang berlangsung di IDCC, di sini, hari ini, keputusan pemilihan bagi jawatan-jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat bagi sesi 2022-2023 telah diumumkan.

Dato’ Ustaz Ahmad Yahya dan Ustaz Haji Zulkifli Ismail masing-masing mengekalkan kedudukan sebagai Ketua dan Timbalan Dewan Ulamak PAS Pusat bagi sesi 2023-2025 selepas menang tanpa bertanding.

- Advertisement -

Sementara, Ustaz Dr Hamdan Muhammad dan Ustaz Mohd Izwan Baidawi juga masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulamak PAS Pusat bagi sesi 2023-2025.

Berikut ialah senarai penuh keputusan pemilihan tersebut yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS, Datuk Dr Abdul Halim Tamuri:-

  • Pengerusi Tetap – Ustaz Dr Hamdan Muhammad (menang tanpa bertanding)
  • Timbalan Pengerusi Tetap – Ustaz Mohd Izwan Baidawi (menang tanpa bertanding)
  • Ketua – Dato’ Ustaz Ahmad Yahya (menang tanpa bertanding)
  • Timbalan Ketua – Ustaz Haji Zulkifli Ismail (menang tanpa bertanding)
  • Naib Ketua – Ustaz Haji Muntanazar Ismail (menang tanpa bertanding)
  • Pemeriksa Kira-Kira – Ustaz Muhammad Syazwan Syamil Mohd Razman dan Ustaz Mohd Muksin Amran (menang tanpa bertanding)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja:  (kesemuanya menang tanpa bertanding)
  1. Ustaz Dr Haji Aminurrasyid Yatiban
  2. Ustazah Hajah Ana Masturah Ismail
  3. Ustaz Haji Hishamudin Abdul Karim
  4. Ustaz Haji Ibrahim Tahir
  5. Ustaz Haji Ibrahim Zakaria
  6. Ustaz Haji Massaudi Din
  7. Ustaz Haji Mohd Asri Mat Daud
  8. Ustaz Haji Muhammad Ismi Taib
  9. Ustaz Haji Nafiri Touzi
  10. Ustaz Haji Nushi Mahfodz
  11. Ustaz Haji Syarbini Hussain
  12. Ustaz Haji Zulkarnain Hassan  – HARAKAHDAILY 19/10/2023
- Advertisement -