PRU16 peluang terbaik PAS-PN terajui negara

- Advertisement -

SHAH ALAM: Berdasar kepada realiti perkembangan politik yang berlaku di negara ini sekarang kemungkinan hanya akan berlaku pertembungan antara PAS-PN dan DAP.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pengaruh parti-parti lain dilihat semakin menurun dan tidak lagi menjadi harapan rakyat.

Katanya situasi itu dapat dilihat di mana Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan Pusat selepas PRU-14 hanya mampu bertahan 22 bulan.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-15 sepatutnya PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) sudah boleh menerajui kerajaan, namun ditangguhkan sementara bagi membolehkan persiapan dibuat lebih rapi.

“Namun ramai yakin pada PRU ke-16 akan menjadi masa terbaik kepada PAS dan PN untuk kembali menerajui pentadbiran negara,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-62 di IDCC hari ini.

Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Ahmad Yahaya, timbalannya Tuan Guru Zulkifli Ismail dan Naib Ketua Ustaz Khirul Muntaruzar Ismail.

Begitu juga kata beliau zaman kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dianggap penganalisis politik hanya sekitar tiga penggal.

Menurutnya impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sudah menjadi kenyataan sekarang dan tempoh akan berakhir tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -