Kelantan model kerajaan bersih dan telus

Ustaz Dato’ Dr Mahfodz Mohame
- Advertisement -

SHAH ALAM: Perkasakan kepimpinan ulama bagi menghadapi kepimpinan madani yang begitu diragui dan dipersoal oleh setiap lapisan rakyat hari ini.

- Advertisement -

Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS Pusat, Ustaz Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, ulama perlu merungkaikan semua persoalan yang membelenggu rakyat ketika ini.

“Alhamdulillah, setelah lebih 30 tahun kepemimpinan ulamak di Kelantan, dari era Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga era Dato’ Panglima Perang, kerajaan Kelantan telah berjaya menjadi model kerajaan yang bersih dan telus.

“Kehadiran para teknokrat, profesional dan aktivis parti yang didukung oleh para ulama di Terengganu, Kedah dan Perlis juga akan membuahkan hasil yang sama, insya-Allah.

“Sebenarnya, konvensyen kita hari ini dan Muktamar Tahunan PAS Ke-69 pada 20-22 Oktober 2023 diadakan tepat pada tarikh ulang tahun ke-41 era kepemimpinan ulamak PAS,” katanya ketika memberi ucapan sempena Konvensyen Sidang As-Sabiqun PAS kali ke-3 di De Palma Hotel, di sini, hari ini.

Katanya lagi, kedudukan, peranan dan imej Majlis Syura Ulamak PAS mesti terus diperteguhkan supaya kehadirannya dirasai bukan sahaja oleh ahli PAS, tetapi oleh umat Islam di seluruh negara.

“Pada 23 Oktober 1982, iaitu dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, Yang Dipertua Agung PAS, Dato’ Mohd Asri Haji Muda telah melepaskan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi parti.

“Pada hari itu juga, Allahyarham Tuan Guru Haji Yusof Rawa telah diangkat sebagai Pemangku Yang Dipertua Agung PAS, disusuli oleh penerimaan Muktamar Tahunan PAS pada keesokannya terhadap usul Dewan Pemuda PAS Pusat supaya PAS melaksanakan konsep kepemimpinan ulama dalam organisasinya.

“Bermula daripada detik inilah, PAS kemudiannya mewujudkan Majlis Syura Ulamak PAS dan menjadikan jawatan Mursyidul Am sebagai pemimpin mursyid yang memandu dasar parti,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -