Konvensyen bukti kejayaan jasawan menangkan PAS

Mohamad Noor Mohamad
- Advertisement -

SHAH ALAM: Menjelang usia 10 tahun Sidang As-Sabiqun pada 2030 nanti, pihaknya menyeru agar lebih ramai perwakilan dan pemerhati sidang itu untuk hadir.

- Advertisement -

Setiausaha Sidang As-Sabiqun PAS Pusat, Mohamad Noor Mohamad berkata, pertambahan kehadiran perwakilan bagi sidang tersebut semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Menurutnya, pihaknya menerima penyertaan lebih dari jumlah tersebut tetapi tidak dapat menerima semua.

“Lebih 300 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara hadir pada kali ini, sebenarnya kita terima permohonan lebih dari itu tapi tidak mampu menerima kehadiran lebih ramai.

“Menjelang usia 10 tahun As-Sabiqun nanti kita akan jemput lebih ramai bagi membuktikan kejayaan jasawan dalam memenangkan PAS,” katanya ketika memberi ucapan sempena Konvensyen As-Sabiqun PAS kali ke-3 di hotel De Palma Hotel, di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, sungguhpun perwakilan dan pemerhati sidang tersebut terdiri dari warga emas, tetapi mereka tetap bersemangat untuk hadir.

Konvensyen dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Turut hadir Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -