PASRelief segerakan projek naik taraf hospital di Gaza

- Advertisement -

TERKINI dalam serangan besar-besaran ke Semenanjung Gaza, rejim Zionis Israel telah meluaskan sasarannya kepada petugas perubatan dan hospital. Situasi di Palestin semakin meruncing dengan jumlah kematian serta mereka yang cedera terus meningkat. Seramai 4,360 orang telah mengalami kecederaan. Lebih menyedihkan, keadaan kemudahan perubatan di hospital sangat kritikal kerana kekurangan ubat-ubatan, peralatan dan bekalan elektrik terputus.

Susulan perkembangan itu, PASRelief  menyasarkan untuk menaik taraf  fasiliti sebuah hospital di Gaza City Centre — Hospital Rakan Pesakit yang siap dibina pada tahun 1982. Hospital yang sudah berusia 42 tahun itu beroperasi 24 jam sehari dan menerima antara 7,500 sehingga 8,000 jumlah pesakit sebulan. 

Hospital perlu dinaik taraf kerana sudah terlalu uzur. Kemudahan bilik bedah, sistem pengudaraan  dan elektrik serta ruangan rawatan am perlu dibaik pulih untuk menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat terutama ketika perang. Kos penyelenggaraan dan menaik taraf hospital dianggarkan kira kira RM500,000. 

Projek pembinaan dan menaiktaraf Hospital Rakan Pesakit ini akan dimulakan segera pada minggu ini dengan bantuan pasukan Profesional Muda (JPro) PAS dalam kluster Kejuruteraan dan Alam Bina bersama pasukan kerja di Gaza.

Situasi semasa di Gaza menyebabkan   pelaksanaan projek menaiktaraf hospital ini agak mencabar terutama untuk mendapatkan bekalan bahan kerana kenaikan kos semasa perang. Bagaimanapun demi menyelamatkan mangsa, usaha ini perlu dilakukan. 

Atas dasar tanggungjawab, keprihatinan dan juga rasa kemanusiaan, PASRelief menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong projek ini. Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PASRelief : 5640 7061 4481 atau melalui : https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief 

Segala maklumat lanjut boleh hubungi hotline PASRelief di talian 017-500 1144.

Terima kasih.

DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Pengerusi PASRelief
12 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 12/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -