Kejahatan, fitnah kejam Zionis Israel terjah bumi Gaza 

Tujuh wartawan Pelestin terkorban selepas Zionis Israel melakukan pengeboman secara besar-besaran ke atas bangunan media di Gaza. (FOTO: Muslim Care Malaysia Society)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Rakyat di bumi Gaza ketika ini sedang mengalami kemusnahan yang teruk disamping meragut ribuan nyawa yang tidak bersalah akibat jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Israel, termasuk menyekat keperluan asas seperti makanan dan perubatan dan melumpuhkan fasiliti awam.

Menurut laporan agensi media Palestin, Al-Ray yang dihantar oleh Pengurus Muslim Care Malaysia-Palestin, Ahmed Abu Ayesh melalui WhatsApp pada lewat malam tadi (11 Okt), kemusnahan besar-besaran sedang dilakukan rezim Israel ke atas bumi palestin ketika ini dan beberapa siri kekejaman telah dilakukan seperti berikut:

- Advertisement -

1.Melakukan serangan terhadap kumpulan pasukan perubatan dan cuba menghalang bantuan kecemasan dilakukan, selain kekangan peralatan yang tidak lengkap dan kebolehan paramedik merawat mangsa yang tercedera di lapangan. Jumlah individu yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang dibom juga semakin meningkat termasuk mereka yang tercedara dan mati syahid.

2. Menghancur dan memusnahkan kawasan penempatan dan bangunan kejiranan melibatkan ribuan unit rumah dengan meletupkan ratusan tan bom.

3. Cubaan melumpuhkan 2.3 juta penduduk di Semenanjung Gaza dengan meningkatkan aktiviti kepungan dan memutuskan bekalan elektrik, air, makanan, dan bahan api.

Zionis Israel dengan sengaja menyasarkan serangan ke atas ambulans Palestin di Gaza yang meragut nyawa enam pekerja dan mencederakan 18 individu yang lain.

4. Ribuan nyawa pesakit kronik yang menerima rawatan berada dalam bahaya apabila 29 dari 52 pusat penjagaan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan berhenti berfungsi serta-merta akibat serangan tidak berperikemanusian rejim Israel.

5. Lebih 250,000 rakyat palestin kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman rejim ke atas rumah-rumah mereka dan memaksa mencari tempat perlindungan di kawasan penempatan sementara dan rumah ahli keluarga di kawasan lain.

6. Membunuh hampir 1,000 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan kira-kira 5,000 manusia tidak bersalah yang kebanyakannya terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.

Pemandangan kemusnahan yang teruk dialami di bandar raya Gaza yang dirakam pada 10 Okt 2023. (FOTO: ANAS AL SHARIF)

7. Memusnahkan lebih 48 bangunan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dan sekolah kerajaan sehingga meragut nyawa 300 orang pelajar dan sepuluh orang guru.

8. Melakukan 23 pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom keluarga-keluarga yang tidak bersalah di rumah mereka tanpa sebarang amaran, mengakibatkan hampir 160 mati syahid yang mana kebanyakan adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

9. Sepuluh bangunan hospital dan institusi kesihatan dimusnahkan hingga tidak boleh beroperasi seperti Hospital Beit Hanoun.

10. Pengeboman secara besar-besaran ke atas bangunan media di Gaza menyebabkan tujuh wartawan dan 20 yang lain cedera, selain turut menghalang wartawan dan media dari luar negara memasuki Gaza.

11. Mengebom lebih 27 bangunan kerajaan dan puluhan fasiliti awam menyebabkan kehancurn teruk kepada infrastruktur seperti jalan, sumber air, elektrik dan juga sisa kumbahan.

12. Menyasarkan serangan ke atas ambulans Palestin dengan sengaja menyebabkan enam pekerja terkorban dan mencederakan 18 individu yang lain.

Petugas perubatan di Hospital Gaza sedang bertungkus lumus merawat mangsa-mangsa yang tercedera angkaran serangan udara Zionis Israel pada hari ini, 12 Okt 2023.

Sementara itu, Mint Press melaporkan, rejim Israel turut menggunakan taktik fitnah atau penipuan media bagi mengelirukan masyarakat dunia tentang kekejaman mereka melalui penyebaran berita palsu, antaranya:

1. Dilaporkan kononnya seorang tentera wanita Israel bernama Shani Louk dirogol dan dibunuh oleh pihak Palestin, sedangkan wanita tersebut dilaporkan masih hidup dan sedang berada di sebuah hospital di Gaza.

2. Media Israel sebelum ini menuduh Hamas telah memancung 40 bayi, sedangkan perkara tersebut dibuktikan tidak benar oleh tentera Israel sendiri yang tiada bukti yang kukuh. 

3. Terdapat dakwaan bahawa pihak Palestin menculik kanak-kanak Israel dan mengurung mereka melalui sebuah video, namun penipuan itu terbongkar apabila situasi dalam video tersebut adalah sebaliknya iaitu tentera rejim Israel yang sedang mengurung kanak-kanak Palestin.

4. Menuduh pihak Palestin membelah perut seorang wanita mengandung dan meninggalkan bayi tersebut mati melalui sebuah hantaran di platform X, namun ternyata cerita tersebut tidak benar kerana itu merupakan kisah pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada 1982. HARAKAHDAILY 12/10/2023