Skuadron khas UK bunuh 9 warga Afghanistan ketika tidur

Mohammed Tayeb berusia 14 tahun ketika maut dibunuh pasukan khas United Kingdom di Kampung Loy Bagh di Helmand, Afghanistan. (FOTO: AOAV.org.uk)
- Advertisement -

LONDON: Pasukan khas United Kingdom (SAS) didakwa telah secara kejam dan tidak berperikemanusian sengaja membunuh sembilan warga Afghanistan ‘di atas katil mereka’ ketika serbuan pada waktu malam di Afghanistan.

Dalam sesi pendengaran satu siasatan bebas, ahli ahli keluarga berkata, kesemua mangsa adalah orang awam yang tidak bersenjata; namun SAS telah mendakwa mereka bertindak untuk mempertahankan diri.

Pegawai kanan UK mengesyaki tentera telah menjalankan dasar melaksanakan polisi ‘zaman berperang’ terhadap mangsa walaupun mereka tidak menimbulkan ancaman, lapor AOAV.org.uk.

Kerajaan UK mengumumkan siasatan itu selepas BBC Panorama mendedahkan skuadron SAS telah membunuh 54 orang dalam keadaan yang mencurigakan dalam satu lawatan di Afghanistan selama enam bulan.

- Advertisement -

Ketika perbicaraan substantif dijalankan di Mahkamah Keadilan Diraja di London pada hari Isnin, (9 Okt), waktu tempatan pasukan khas UK itu dituduh telah ‘menyalahgunakan’ serbuan malam untuk melakukan ‘banyak’ pembunuhan di luar bidang kehakiman – yang didakwa kemudiannya ditutup kesnya.

Beratus-ratus operasi penahanan yang disengajakan dilakukan oleh pasukan khas antara 2010 dan 2013.

33 mangsa dibunuh, temasuk kanak-kanak

Penasihat utama siasatan, Oliver Glasgow KC, menyatakan butiran tujuh misi membunuh/menangkap berasingan yang melibatkan kematian 33 orang, termasuk beberapa kanak-kanak.

Tuduhan pembunuhan yang menyalahi undang-undang ke atas sembilan orang di daerah Nad Ali di Helmand difahamkan berlaku ketika sebilangan keluarga berkumpul sebelum bangun dari tidur mereka pada 7 Februari 2011; yang mana kesemua mangsa tidur di bangunan luar satu bilik.

SAS mendakwa mereka telah melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri setelah ditembak.

Glasgow dalam hujahnya pula menunjukkan ketinggian rendah yang kelihatan seperti lubang peluru di dinding bangunan luar di lokasi kejadian, yang kali pertama didedahkan oleh BBC pada tahun lepas.

Bukti jenayah pembunuhan terhadap orang awam di Afghanistan yang dilakukan oleh skuadron khas United Kingdom ketika berada selama enam bulan di situ. (FOTO: BBC)

Habibullah Alizai, yang memiliki rumah yang diserbu pada 7 Februari, berkata dia dikejutkan dengan ‘bunyi jeritan dan tembakan’ sebelum tentera SAS membawanya dari biliknya untuk ‘disoal siasat dan dipukul’.

Alizai adalah orang pertama yang menemui mayat dua anak lelakinya, dan tujuh lagi penghuni rumah yang kesemuanya telah mati dibunuh SAS.

Ditembak di atas katil

Glasgow memberitahu perbicaraan itu: “Ahli keluarga mangsa  menegaskan bahawa semua yang mati adalah orang awam yang tidak bersalah, tiada seorang pun di kawasan itu bersenjata; sambil menambah bahawa  tiga raifal serangan AK-47 ditemui di bangunan luar. SAS telah dituduh menanam senjata untuk mewajarkan pembunuhan haram itu.

“Kami menjangkakan bukti daripada keluarga ialah mereka ditembak di atas katil, kemungkinan besar semasa tidur.”

Keluarga itu berkata anak bongsu mereka yang turut dibunuh baru berusia 14 tahun.

Skuadron pasukan khas sebaliknya mendakwa  dalam kertas kerja pasca operasi bahawa operasi ‘dilibatkan oleh lelaki bersenjata’ jadi  mereka membalas tembakan, mengakibatkan sembilan kematian di rumah tersebut.

Kajian Insiden Serius pasukan khas dalaman, yang mempunyai akses kepada gambar-gambar yang diambil oleh SAS di tempat kejadian dan kenyataan daripada tentera British yang terlibat, membuat kesimpulan bahawa ‘tindakan yang diambil adalah sesuai sepenuhnya’ dan mengesyorkan ‘tiada tindakan penyiasatan lanjut’.

Siasatan itu ditetapkan untuk mendengar hujahan bagi pihak keluarga 33 orang, termasuk lapan kanak-kanak bawah 18 tahun, yang dibunuh oleh pasukan khas SAS itu.

Tuduhan menutup aktiviti haram dan siasatan yang tidak mencukupi oleh Polis Tentera Diraja (PDRM) juga akan diteliti.

Seorang ahli keluarga Saifullah, Mansour Aziz  yang bapanya, dua abang dan sepupunya dibunuh oleh skuadron SAS yang sama semasa serbuan malam pada 16 Februari 2011, berkata mereka “mengalami mimpi ngeri yang penuh dengan kesukaran’ sejak serbuan oleh tentera British itu.

“Saya dan keluarga meminta pasukan penyiasat memberikan kebenaran dan menjelaskan kepada kami mengapa dan atas dasar apa kami terpaksa melalui kekejaman ini,” kata mereka.

Keluarga mangsa tuntut keadilan

Mansour juga  telah meminta siasatan untuk mendengar dua kanak-kanak yang cedera parah, Iman dan Bilal oleh tentera British semasa serbuan malam di rumah keluarga mereka pada Ogos 2012; yang mana kewujudan operasi yang sangat sulit itu pertama kali didedahkan oleh BBC tahun lepas.

“Rumah kami diserbu warga asing dan abang serta kakak ipar saya terbunuh dan dua anak mereka cedera parah ketika mereka sedang tidur di atas katil mereka.

“Kami ingin tahu kebenaran dan mengapa rumah kami diserbu. Kami meminta mahkamah mendengar kata-kata kanak-kanak ini dan membawa keadilan,” rayunya.

Imran berusia tiga tahun dan adiknya Bilal baru berusia satu setengah tahun ketika mereka ditembak dan cedera parah oleh pasukan khas UK.

Glasgow juga memberitahu pendengaran dakwaan SAS bahawa unit rakan kongsi Afghanistan ‘enggan berkhidmat dengan pasukan khas UK kerana kelakuan mereka’.

Kod Operasi Cestro, Operasi Northmoor

Dalam hujah pembukaannya, beliau berkata: “Jangan ada salah faham bagi mereka yang mempunyai sesuatu untuk disembunyikan – siasatan akan menggunakan semua kuasanya untuk memastikan bahawa jika terdapat maklumat yang boleh dipercayai tentang salah laku… tidak kira betapa senior kedudukan mereka, mereka dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan.”

Dua siasatan RMP, yang diberi nama kod Operasi Cestro dan Operasi Northmoor, juga dijangka akan diteliti oleh siasatan itu.

Yang terakhir, projek £10 juta yang ditubuhkan pada 2014 untuk meneliti dakwaan salah laku angkatan tentera British, melibatkan lebih 100 pegawai polis tentera. 

Detektifnya menyiasat bukti bahawa satu skuadron SAS telah membunuh berpuluh-puluh lelaki, tahanan dan orang awam yang tidak bersenjata, tetapi menyebabkan tiada pertuduhan dibawa.

Operasi Cestro menyiasat pembunuhan empat orang muda di kampung Loy Bagh di Helmand pada 18 Oktober 2012. 

Mangsa yang paling muda berusia 14 dan 12 tahun apabila mereka dibunuh oleh anggota SAS. PDRM merujuk tiga askar kepada Pihak Berkuasa Pendakwaan Perkhidmatan – termasuk penembak atas empat pertuduhan membunuh – tetapi ia tidak menyebabkan pendakwaan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan berkata: “MoD komited sepenuhnya untuk menyokong siasatan sambil meneruskan kerjanya.

“Adalah tidak wajar untuk kami mengulas mengenai dakwaan yang mungkin berada dalam skop siasatan berkanun dan terpulang kepada pasukan siasatan berkanun, yang diketuai oleh Lord Justice Haddon-Cave, untuk menentukan dakwaan yang disiasat.” . – HARAKAHDAILY 10/10/2023

- Advertisement -