Nasib peneroka FELDA terbela di bawah PERIKATAN NASIONAL

- Advertisement -

SESUAI dengan tagline Prihatin, Bersih dan Stabil, kebajikan rakyat termasuk peneroka FELDA nyata terjaga di bawah PN.

Ini bukan cakap-cakap kosong. Tidak sampai 3 tahun memerintah, PN telah bertiwikrama melaksanakan perkara berikut:

1.  Lupus RM8.3 bilion hutang peneroka FELDA.

2.  Meningkatkan pegangan FELDA dalam FGV daripada 50.5 peratus kepada 81 peratus.

3.  Peruntukan RM1 bilion dan meluluskan 7,225 projek untuk pulihkan FELDA dan tambah pendapatan peneroka.

4.  Menggantikan Unit Seranta FELDA yang telah dihapuskan oleh PH 

5.  RM286 juta untuk 463 projek infrastruktur (PRIHATIN).

6.  RM200 juta untuk naik taraf dan selenggara jalan pertanian kebun peneroka.

Memang menjadi ikrar PN untuk terus prihatin terhadap nasib warga FELDA. 

Kalau selepas PRU-14 PH telah menarik balik banyak manfaat dan bantuan yang diperoleh peneroka FELDA termasuk batalkan bantuan musim tengkujuh yang diterima peneroka, PN memilih untuk membantu dan memperjuangkan FELDA.

Di bawah PN, kita bawah perubahan kepada nasib peneroka FELDA terutama dalam urusan hutang yang membelenggu mereka selama ini. 

Memang peneroka masih perlu membayar hutang mereka tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit.

Daripada antara RM800 hingga RM1,000, hutang peneroka dikurangkan sehingga RM150 untuk peneroka getah dan antara RM250 hingga RM300 untuk peneroka sawit. Alhamdulillah.

Tak cukup dengan itu, PN pernah terbitkan sukuk RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan bagi tujuan pelan pemulihan FELDA. 

Kebajikan warga FELDA pastinya akan sentiasa menjadi keutamaan PN, Insya-Allah.

Sekian.

YB HASSANUDDIN SALIM
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang
ADUN Kuala Semantan
3 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 3/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -