Tempat bersejarah di Kelantan perlu dimajukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) menyarankan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya membantu memajukan tempat bersejarah yang banyak terdapat di Kelantan.

Menurutnya, pembangunan kawasan pelancongan baharu memerlukan kerjasama erat kementerian berkenaan.

- Advertisement -

“Saya ingin bertanya sejauh mana kekuatan kerajaan dari sudut kewangan untuk menjana kawasan pelancongan baru yang mempunyai nilai dari sudut sejarah seperti yang terbukti di Kelantan.

“Sebagai contoh kawasan penghantaran ufti daripada raja-raja di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu kepada Raja Siam.

“Sekarang kawasan tersebut masih ada, tetapi bangunan yang lama sudah hilang. Ini memerlukan pembinaan (bangunan) yang baharu, tetapi menggunakan reka bentuk lama, kerana ia sangat mustahak untuk menarik pelancong,” katanya.

Nik Muhammad Zawawi berkata demikian ketika mencelah ucapan penggulungan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing pada Mesyuarat Khas Penggal Kedua Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, King Sing mengalu-alukan cadangan Nik Muhammad Zawawi dan menekankan kepentingan kerjasama antara kementerian dan kerajaan negeri.

“Jika boleh, kita sama-sama duduk berbincang untuk melihat keperluan mana yang kita boleh bantu,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/9/2023

- Advertisement -