PH tak akan setuju ampunkan Najib kata Rafizi

- Advertisement -

SEBELUM ini veteran DAP Lim Kit Siang, tokoh PAN Khalid Samad, Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Karim secara terbuka menentang sebarang usaha memberikan pengampunan kepada bekas Ahli Parlimen Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman 12 tahun penjara sejak 23 Ogos 2022 atas kesalahan salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan pecah amanah.

Ahli dan penyokong Umno secara konsisten rata-rata mahukan Najib diberikan pengampunan atas alasan menjadi mangsa pendakwaan politik.

Kini Umno sebahagian Kerajaan Perpaduan PH maka sewajarnyalah permohonan ini dipertimbangkan sekiranya ia masih merupakan keutamaan Presidennya yang kini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Terlalu banyak jasa Najib pada Umno untuk mewajarkan tuntutan pembebasan ini menjadi sebahagian perjuangan pimpinannya hari ini. Kecualilah pembebasannya bukan lagi agenda Umno hari ini.

Kecualilah Najib dilihat lebih sebagai liabiliti pada Kerajaan PH-BN atau mungkin ancaman pada Presiden Umno sendiri.

Ahli-ahli dan penyokong Umno selama ini percaya Umno akan terus berjuang untuk membela Najib, tapi hari ini boleh percaya lagikah?

PH yang melihat dirinya terlalu gagah hari ini (tanpa Umno pun boleh memerintah) kelihatan tiada langsung ambil pusing pada keresahan ahli-ahli dan penyokong Umno itu apatah lagi nasib Najib.

Hari ini pun Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dilapor menyatakan PH sesekali tidak akan bersetuju membebaskan Najib.

Tak nampakkah lagi sahabat-sahabat dalam Umno?

Kenapa Zahid tidak ulas langsung kenyataan Rafizi atau beliau setelah dapat DNAA sudah lupakan Najib?

Bangkit perbetulkan sahabat.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan
Badan Perhubungan PAS 
Negeri Selangor- HARAKAHDAILY 14/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -