Ada pihak kebal undang-undang negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, didedahkan mengenai pihak dianggap kebal terhadap undang-undang yang dibimbangi boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara.

Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berkata, ketika rakyat patuh kepada undang-undang negara, namun ada pihak lain dianggap kebal.

- Advertisement -

Katanya, kalau pemimpin kerajaan buat sesuatu sehingga boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

“Sedangkan keamanan adalah sesuatu yang sangat bernilai. Namun isu mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melibatkan sentiviti rakyat.

“Dalam situasi rakyat menjaga menjaga keamanan, pemimpin kerajaan pun kena jaga.

“Banyak lagi contoh tindakan kerajaan yang dianggap kebal termasuk melanggar perjanjian royalti petroleum,” katanya ketika membahas Rancangan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Dato’ Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) mendesak Dr Nik Zawawi memberi contoh pemimpin kerajaan yang dianggap kebal terhadap undang-undang.

Koo Ham bangun tanpa diberi laluan oleh Dr Nik Zawawi sehingga ditegur berkali-kali Timbalan di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.

Ahli Parlimen Pasir Puteh juga mendesak kerajaan Pusat melaksanakan segera banyak projek yang sudah lama diluluskan di Kelantan bagi manfaat rakyat.

“Kerajaan perlu mengagih semula kekayaan negara kepada semua negeri. Jangan hanya agih peruntukan kepada negeri yang sebulu dengan kerajaan Pusat,” ujarnya.

Sebelum itu ketika membangkit isu DNAA, Dato’ Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) menyifatkan mahkamah membuang masa kerana kes membabitkan Zahid dihentikan biarpun sudah di peringkat membela diri.

Begitu juga katanya, banyak wang pembayar cukai dibazirkan sepanjang tempoh pendakwaan sebelum ini.

“Kuasa budi bicara hendaklah dijalankan dengan penuh keadilan. Peguam Negara perlu mengguna dengan berhati-hati dan bertanggungjawab tanpa mengambil kira pengaruh dan kedudukan pemimpin politik,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/9/2023

- Advertisement -