Parlimen rakam takziah buat keluarga Allahyarham Salahuddin

Johari Abdul
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Pulai dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ucapan takziah itu disampaikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat, pagi tadi.

- Advertisement -

“Pada kesempatan ini, juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 23 Julai 2023.

“Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham serta arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh lagi beriman.

“Kepada yang beragama Islam, diminta sedekahkan Al-Fatihah kepada Salahuddin dan kepada bukan Islam, diminta bertafakur.

“Al-Fatihah…,” katanya sebelum meneruskan aturan mesyuarat yang ditetapkan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Johari turut mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim telah mengangkat sumpah semasa di luar majlis mesyuarat dewan mengikut jadual keenam dalam perlembagaan persekutuan pada Selasa. 

Johari berkata demikian sebelum pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 11/9/2023

- Advertisement -