Turkish Airlines terbangkan 56 juta penumpang 

- Advertisement -

ISTANBUL: Syarikat penerbangan Türkiye, Turkish Airlines telah berjaya menerbangkan seramai  56 juta penumpang dalam tempoh lapan bulan pertama 2023, peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Turkish Airlines dalam satu kenyataan berkata, bilangan penumpang antarabangsa syarikat penerbangan itu meningkat 34 peratus kepada 19.7 juta daripada 14.7 juta dalam tempoh Januari hingga Ogos 2023, lapor Anadolu Agency.

- Advertisement -

“Jumlah faktor penumpang yang dibawa pula meningkat sebanyak empat mata kepada 82.9% merangkumi  82.6% untuk antarabangsa dan 84.6% untuk domestik

“Namun, trafik kargo atau mel turun 6.9% kepada 1 juta tan daripada 1.11 juta tan,” ujar kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut, pada Ogos 2023 sahaja, Turkish Airlines telah membawa 8.7 juta penumpang dan 146,900 tan kargo atau mel melalui pesawat pengangkutnya yang berjumlah  428 buah. – HARAKAHDAILY  8/9/2023

- Advertisement -