Temberang dan tembelang hipokrit perjuangan DAP

- Advertisement -

SEJAK Deklarasi Setapak 1967, DAP katanya menjunjung kesamarataan, menafikan penindasan, serta semangat demokratik. 

Kemudian dalam Jalan Tengah Malaysia 2010 (Middle Malaysia), LGE menekankan pula prinsip kejujuran dalam kepimpinan dan pentadbiran demokratik.

Namun sehingga ke hari ini, Ahli Parlimen pembangkang yang menang secara demokrasi nampak belum dapat peruntukan. Apa yang saya dapati, ia seolah-olah disulitkan sehingga perlu berunding.

Apa yang saya nak timbulkan, adakah DAP bersuara dalam hal ni secara serius? Ada tak memperjuangkan hak Ahli Parlimen Pembangkang secara serius?

Tidak dinafikan, yang saya dapati ada seorang Ahli Parlimen DAP yang bersuara, iaitu Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) pada 15 Februari tahun ini.

Namun, pada saya, ia belum dilihat sebagai satu pembelaan yang betul-betul serius untuk mendukung Deklarasi Setapak 1967.

Manakala negeri-negeri di bawah PN telah isytihar peruntukan pembangkang diberikan sama rata sejurus PRN. Bahkan, semasa PN memerintah sebelum ini juga peruntukan diberikan sama rata. 

Soalannya, siapa yang lebih serius memperjuangkan erti keadilan?

MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 5/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -