PAS parti yang sederhana dan adil, tidak ekstrem

- Advertisement -

PENGALAMAN berpolitik dan mentadbir dengan Islam mematangkan PAS sejak awal penubuhannya sehinggalah hari ini. Apa sahaja isu berbangkit dapat ditangani dengan baik dan tuntas. 

Semua pengalaman dan tindakan PAS ini telah disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan membawa kepada sokongan besar kepada PAS dan PERIKATAN NASIONAL dalam PRU dan PRN 6 negeri baru ini. 

1. Sebagai contoh tindakan sederhana yang dilaksanakan PAS Kedah. 

Semasa pembentukan kerajaan negeri Mei 2020 yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Menteri Besar, pengisian jawatan Exco Kerajaan Negeri mengambil kira perjawatan Exco sedia ada serta wakil yang wakili parti dan masyarakat majmuk dalam negara kita. 

3 Jawatan Exco daripada BERSATU terdiri daripada YB Kak Ton (Bukit Kayu Hitam), YB Firdaus (Kuah) yang keduanya menjadi Exco dalam PH sebelum berlaku peralihan kerajaan. Pelantikan YB Dato Ku Rahman (Guar Chempedak) atas pengalaman menjadi Exco kanan Kerajaan BN sebelum PH. 

2 Jawatan Exco mewakili PKN (ADUN PKR yang beralih sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL) YB Dato Cikgu Azman (Lunas) mengekalkan jawatan Exco yang beliau pegang ketikan PH sebelum peralihan. YB Dr Robert dilantik sebagai Exco bagi mewakili masyarakat bukan-Islam. 

1 jawatan Exco mewakili BN YB Dato Suraya (Sungai Tiang) daripada 2 ADUN BN yang ada seorang lagi Dato Sabrina (Bandar Bharu). 

4 jawatan Exco diberikan kepada PAS walaupun PAS mempunyai kerusi paling banyak iaitu 15 kerusi DUN, BERSATU 4, PKN (yang keluar PKR) 2, dan 2 daripada BN menjadikan jumlah kerusi ADUN kerajaan 23 kerusi. 

Seorang lagi ADUN BERSATU (Ayer Hangat) dilantik sebagai Speaker DUN atas pengalaman beliau sebagai Timbalan Speaker semasa pentadbiran PH. 

Walaupun PAS mempunyai kerusi terbanyak, tapi agihan kerusi exco meraikan kepelbagaian dan waqie yang sedia ada. 

2. Pelantikan Exco Kedah 2023.

PAS 6 daripada 21 ADUN.

BERSATU 3 daripada 11 ADUN.

GERAKAN seorang Exco daripada satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh calon PN (bukan Islam) yang menang.

Pembentukan Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Sanusi daripada PAS, tidak pernah mengabaikan rakan-rakan parti serta keperluan Exco bukan-Islam walaupun hanya beliau seorang sahaja yang menang. 

Ini adalah satu contoh daripada banyak fakta mengenai kesederhanaan dan keadilan PAS dalam mendepani politik Malaysia dan menjadikan politik Islam sebagai acuan dalam setiap tindakan. 

Semoga perkara ini akan menjawab tohmahan, serta serangan musuh politik yang sengaja diciptakan terhadap PAS. Kita yakin rakyat tidak akan termakan dengan dakyah dan fitnah musuh politik PN kerana maklumat dan kefahaman serta realiti yang mereka nampak, berbeza daripada momokan PH. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan jadikan semuanya sebagai amal soleh bekalan akhirat nanti. 

MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Penerangan PAS Kedah
ADUN Sungai Limau – HARAKAHDAILY 27/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -