Dana kerajaan Saudi wujudkan 181,000 pekerjaan 

Dana kerajjaan Arab Saudi, Public Investment Fund (PIF) telah melakar kejayaan mewujudkan banyak peluang perkerjaan buat rakyatnya sepanjang 2022. (FOTO: CGTN)
- Advertisement -

RIYADH: Jumlah angka pekerjaan Arab Saudi telah menerima rangsangan daripada suntikan dana kerajaan negara itu yang telah menubuhkan 25 syarikat dan mewujudkan 181,000 peluang buat rakyatnya sepanjang tahun 2022.

Menurut laporan tahunan 2022 yang dikeluarkan pada Ahad (6 Ogos), dana kerajaan Saudi, Public Investment Fund (PIF) telah melancarkan gabungan pelbagai syarikat  sepanjang tahun lepas seperti Saudi Coffee Co. dan Halal Products Development Co.

Aset dana di bawah pengurusan meningkat 12.8 peratus kepada SR2.23 trilion (RM2.7 bilion) pada 2022 daripada SR1.98 trilion yang dicatatkan pada 2021, lapor Saudi Press Agency (SPA).

- Advertisement -

“2022 adalah tahun apabila asas kewangan teguh yang ditubuhkan oleh PIF membolehkan kemajuan yang ketara dan pesat. 

“Memandangkan ekonomi terus pulih daripada gangguan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, PIF telah proaktif dalam memacu perubahan transformasi di seluruh Arab Saudi,” kata Gabenor PIF, Yasir Al-Rumayyan.

“Kekuatan kewangan kami yang berkekalan telah membolehkan kami mengenal pasti dan memanfaatkan peluang pelaburan utama dengan cara yang memberikan pertumbuhan yang mampan untuk negara ini,” tambahnya.

Terdahulu, PIF menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah pengurusannya kepada SR4 trilion menjelang 2025.

Menurut laporan itu, Saudi Equity Holdings mewakili 32 peratus daripada jumlah aset dana di bawah pengurusan menjelang akhir 2022.

Laporan itu juga  menyatakan bahawa dana itu membuat pelaburan antarabangsa bernilai SR512 bilion menjelang akhir 2022, manakala aset tempatannya berjumlah SR1.71 trilion.

“Dana itu menghubungkan syarikat Arab Saudi secara berkesan daripada pelbagai sektor utama dengan keutamaan strategik Kerajaan, menjadikan PIF sebagai pemangkin kepada perubahan positif dan pemacu utama untuk merealisasikan Wawasan 2030,” ujar laporan tahunan itu.

Laporan itu mendedahkan bahawa sehingga 2022, PIF telah menyuntik sebanyak SR25.5 bilion ke dalam NEOM, iaitu projek bandar raya pintar masa depan yang sedang dibangunkan di wilayah Tabuk, di  barat laut Saudi.

Pada Mac tahun ini, bercakap di Forum Sektor Swasta di Riyadh, Al-Rumayyan berkata bahawa PIF  berminat untuk bekerjasama dengan sektor swasta di negara itu sebagai pelabur dan rakan kongsi.

“PIF sentiasa berusaha untuk meningkatkan peranan sektor swasta dan menganggapnya sebagai rakan strategik dan penting untuk meningkatkan ekonomi Arab Saudi yang berkembang maju,” kata Al-Rumayyan.

Pada November 2022, Al-Rumayyan menyatakan bahawa PIF  merancang untuk mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan pada tahun-tahun akan datang.

“Kami mahu mewujudkan 1.8 juta peluang pekerjaan, yang merupakan pekerjaan berkualiti. Bukan sahaja angka yang kita lihat, tetapi kualiti angka ini, merujuk kualiti pekerjaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/8/2023

- Advertisement -