Baddrol Bakhtiar dibawa Sanusi ke medan politik, kenapa?

- Advertisement -

JERAI: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkongsi tujuan beliau menarik bekas pemain bola sepak, Baddrol Bakhtiar ke medan politik dan bertanding sebagai calon PRN Perikatan Nasional (PN) N.22 Gurun.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, beliau tertarik kepada Baddrol yang dilihatnya lama dalam kepimpinan pasukan bola sepak selaku kapten di mana dikenali sebagai seorang penyabar.

Menurut beliau, karier sebagai pemain bola sepak selalunya tidak lama di mana kebanyakannya berhenti menjelang usia 30 tahun, tetapi Baddrol masih bermain dalam usia 35 tahun ketika diminta memasuki politik.

“Ini seorang tokoh yang tinggi kesabaran dan disiplin sebagai pemain bola sepak. Kita support kita spot (pilih) orang nak jadi pemimpin ni kita spot yang betullah. Cari tokoh-tokoh yang sesuai untuk Kedah,” ujarnya.

Di Kedah kata Sanusi, perkara yang sangat menjadi perhatian rakyat negeri ini selepas hal agama adalah bola sepak, di mana mempunyai peminat, semangat dan pengaruh kuat merentasi parti politik.

“Besarnya pengaruh bola sepak. Jadi kita ambil orang bola sepak sebagai pempengaruh dalam masyarakat kita dalam ini, untuk bawa banyak kebaikan sebanyak mungkin kebaikan dan orang akan ikut, peminat-peminat bola akan ikut,” jelasnya.

Cerita Sanusi lagi mengenai Baddrol yang juga dikenali dengan BB7 dan Kapten Marvel, pemain tersebut pernah menempuh pengalaman bersama rakan pasukan di mana tidak menerima gaji untuk tempoh agak lama.

Katanya, kejadian yang berlaku pada era terdahulu itu bagaimanapun dihadapi Baddrol dengan membangunkan motivasi dan kesabaran rakan-rakannya untuk terus setia bersama pasukan Kedah.

“Inilah orang-orang yang patut diberi peluang untuk membawa pengaruh-pengaruh baik di dalam masyarakat di Kedah,” pada Santai Petang Bersama Panglima dan Kapten BB7 di Medan Gurun Jaya, di sini kelmarin.

Beliau juga menjawab pertikaian pihak tertentu kepada Baddrol yang didakwa tidak petah bercakap di mana menurutnya bukan keperluan kepada semua pemimpin untuk mempunyai kebolehan tersebut.

Jelas beliau, Baddrol baru menceburi diri ke medan politik dan tentulah ada gemuruh, tetapi yang diperlukan dari bekas pemain bola sepak itu adalah kebolehan untuk bekerja di mana digambarkan Sanusi di bahagian belia dan sukan.

“Bukan suruh jadi penceramah, bukan. Keperluan kepada Bad ini kepada rakyat negeri Kedah ini sangat-sangat diperlukan dalam bidang dia, dalam kepakaran dia,” terang beliau.

Sanusi juga berterima kasih dan memuji Baddrol kerana sedia menerima pelawaan masuk ke medan politik dengan turut disifatkannya satu keberanian kerana bekas pemain itu bakal berdepan lawan yang mempunyai pengalaman politik.

Terangnya, lawan di kerusi tersebut adalah dari parti penyandang yang keluarga mereka juga telah lama terlibat dalam bidang politik, berbanding Baddrol tentunya kali pertama menempuh semua itu.

Toksah (tak usah) duk kiralah, pandai syarah, tak bersyarah itu, bukan saya nak suruh kerja-kerja ceramah. Saya nak suruh dia (Baddrol) buat kerja. Apa yang dia boleh. Saya tahu, ada banyak kebolehan orang bola sepak ini. Dia gigih, dia kental. 

“Tengok betul-betul macam mana player main. Dia tak boleh putus asa. Dia tak boleh bawa kawan-kawan dia down, tak boleh. Walaupun tengah kena 4-0, dia kena bagi semangat. Kita boleh menang kata boleh menang. Orang (penyokong) duk tengok tahu dah kalah. 

“Tapi sebagai kapten, dia kena confident. Dia kena bawa anak buah dia. Kita boleh menang, kita boleh menang. Dia sentiasa motivated. orang walaupun dalam keadaan yang parah sekalipun. Inilah tokoh, kapten bola sepak yang saya perlu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -