Kelayakan pada ahli sukan untuk jadi pemimpin

- Advertisement -

TAK faham juga saya macam mana penyokong PH menilai calon yang tak pandai bercakap. Padahal Datin Seri Wan Azizah pun tak pandai bercakap.

Okay la, Wan Azizah itu kita kira okay la sebab top student masa belajar dulu. Mungkin buah fikiran dia tajam. Tapi ce kau orang tengok YB Rara Bentong itu? Ingat dia pandai bercakap ke? Boleh tengok video dia yang podcast dengan Adam Adli itu. Mesti kau orang terfikir, macam manalah dia boleh jadi Ahli Parlimen? Ada kelulusan ke tak dia ni? Tapi dah orang Bentong pilih dia, adalah itu kelebihan lain yang orang Bentong suka.

Sepanjang saya berorganisasi sama ada di tempat kerja atau mana-mana persatuan runcit-runcit, ketua yang pandai bercakap ni bonus saja. Yang penting tahu buat kerja, bahagi kerja, pandai atur anak buah, dan bagi arahan yang praktikal. Kadang-kadang yang pandai bercakap itu la yang bawa malapetaka. 

Baddrol Bakhtiar ni bukan bekas peserta Gegar Vaganza, dia ni ahli sukan. Pemain bola sepak kebangsaan, level paling tinggi dalam negara. Kebanyakan atlet ni, dia orang memang ada ciri-ciri pemimpin. Tak payah pergi peringkat nasional, ingat balik saja kawan-kawan kita kat sekolah. Banding kawan yang main sukan dengan kawan yang tak main sukan, mana yang lebih ada karisma untuk jadi pemimpin?

Sehubungan itu, saya senaraikan apa yang ada pada seorang ahli sukan untuk melayakkan dia jadi pemimpin. 

1. Decision making atau buat keputusan.

Nak jadi ketua, bukan saja kena ada daya fikir yang jernih, tapi harus juga ada kebolehupayaan untuk membuat keputusan yang rasional. Apatah lagi keputusan tu nak dalam split second. Mungkin kerana orang sukan ni banyak berjalan tempat orang dan kenal ramai orang, common sense dia orang tinggi. Satu lagi atlet ni macam askar, bersifat tenang dan tidak terburu-buru. Benda ni sikit sebanyak membantu mereka dalam menilai situasi dan seterusnya membuat keputusan yang lebih firm.

2. Winning mentality atau mentaliti mahu menang.

Kalau nak maju, kena ada winning mentality. Macam Tun Mahathir lawan Lee Kuan Yew tu. Paling tidak pun, ketua la yang kena ada mentaliti macam ni. Baru anak buah bersemangat nak buat kerja. Ini kau pun acuh tak acuh, macam mana anak buah nak respek?

3. Physically dan Mentally fit atau cerdas akal dan cergas tubuh badan.

Orang yang terer main bola ramai masa zaman sekolah. Tapi berapa orang saja yang boleh main secara pro? Berapa orang yang boleh main sampai peringkat Antarabangsa? Dengan latihan berintensiti tinggi setiap hari, kena jaga makan, jaga tidur, hadkan aktiviti sosial, kena tinggalkan keluarga. Bukan semua orang boleh buat macam tu. Benda ini sendiri dah merangkumi komitmen, disiplin, visi, ketepatan masa dan juga pembahagian waktu.

4. Highly Focused atau daya fokus yang tinggi. 

Bila kau boleh betul-betul fokus? Masa tengok cerita John Wick sambil berbaring. Atlet ni memang dilatih untuk fokus setiap masa supaya tak buat silap. Kalau pemain bola itu, 90 minit kena fokus. Sambil berlari pula itu. Kalau fokus pun baik, banyaklah benda boleh jalan. Tak baca Robert Kiyasaki lah tu.

Banyak lagi la kalau nak tulis. Cukup la dulu empat. 

Apatah lagi Baddrol Bakhtiar ni dulu kapten. Bukan semua pemain bola, jurulatih akan lantik jadi kapten. Kau terer semata-mata tak melayakkan diri kau jadi kapten pun. Mo Salah yang skor banyak gol pun tak dilantik jadi kapten Liverpool.

Kapten sukan ni, dia bukan saja kena ada ciri-ciri yang saya sebut itu. Tapi dia juga tahu macam mana nak pimpin dan terapkan ciri-ciri ni kepada anak buah dia sendiri. Kau seorang saja fokus dan ada winning mentality, payah juga nak menang. Masa Malaysia menang emas Sukan Sea 2010 itu sapa kapten? Baddrol Bakhtiar la. 

Dan kalau kau tengok bola sepak sekarang pun, manager yang berjaya kebanyakannya pernah jadi kapten. Jurgen Klopp, Zidane, Pep Guardiola, Xavi semua itu pernah jadi kapten dan sekarang berjaya jadi pengurus. 

Untuk Baddrol Bakhtiar ni, saya rasa dia layak saja untuk jadi wakil rakyat. Hal bercakap ni, karang karang boleh belajar. DS Najib dulu pun tak pandai juga bercakap, elok saja jadi Perdana Menteri. Apa pun, selamat maju jaya Badrol Bakhtiar.

Oh ya, Gurun itu kawasan kuat PH itu. 60 peratus bukan-Melayu pengundi kat situ. Untuk rekod, tak sampai 6 peratus pun pengundi bukan-Melayu yang undi PERIKATAN NASIONAL PRU sebelum ni. Kalau Baddrol menang, memang betul la rakyat Kedah suka dia. Kalau tak suka dia pun, suka Sanusi. 

Sekali lagi, selamat maju jaya. Sekian.

HARIMA ABD RAHMAN – HARAKAHDAILY 4/8/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02WRVdjiZKzE4iNX24srNhrAYqPPTVPp9PdCscNK4b3DoMnNac2QhqurnbgwTQXH63l&id=1622513616&mibextid=ZbWKwL 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -