Penduduk bukan Muslim gesa pengundi tolak BN

- Advertisement -

BESUT: Penduduk bukan Islam di Dun Jertih menolak calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu kali ini.

- Advertisement -

Chong Chi Leong, 61, berkata, wakil rakyat BN sebelum ini tidak pernah memahami keperluan penduduk bukan Islam di kawasan itu.

“Mereka hanya buat tak tahu sahaja terhadap kami di sini dan tidak prihatin terutamanya dalam bab ekonomi, kesihatan, kebajikan dan pendidikan.

“Saya menyeru semua pengundi tolak calon BN pada PRN kali ini kerana sikap mereka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Chong juga berkata, perpaduan dalam masyarakat antara Muslim dan bukan Muslim sangat baik di Terengganu.

Pengusaha kedai jam itu telah berniaga selama 20 tahun di pekan Jertih, mempunyai lapan orang anak dan 17 orang cucu.

Justeru, mereka tidak bermasalah untuk menerima kunjungan dan beramah mesra bersama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Sabah, Ustaz Roslan Ramli semasa diziarahi. (Foto atas)

Turut hadir semasa ziarah tersebut Ketua Penerangan dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Ahmad Dullah dan Isaac Wong.

Pada PRN kali ini, calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL ialah AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor. – HARAKAHDAILY 3/8/2023

- Advertisement -