Era Kerajaan PN banyak projek bekalan air di Kelantan

Saizol menyantuni penduduk dalam aktiviti ziarah di Dun Salor.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Sepanjang aktiviti kempen ke mukim-mukim di DUN Salor rakyat didapati boleh menerima penjelasan kerajaan negeri mengenai masalah bekalan air.

- Advertisement -

Bekas Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Saizol Ismail berkata, rakyat memahami usaha dilakukan kerajaan negeri dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi menangani masalah tersebut.

Katanya penyelesaian jangka pendek dilakukan kerajaan negeri dengan melaksanakan program Air Sejahtera.

“Bekalan air dihantar ke lokasi yang mengalami gangguan bekalan air menggunakan lori air kontrak dan AKSB.

“Rakyat boleh menerima penerangan kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan isu bekalan air, biar pun ia menjadi modal pembangkang,” katanya pada sidang media di Pusat Media PERIKATAN NASIONAL (PN) di Bangunan PAS Kelantan hari ini.

Saizol yang juga calon PN DUN Salor berkata, rakyat sudah sedia maklum apa yang berlaku kerana sebelum ini kerajaan negeri kurang mendapat kerjasama kerajaan Pusat bagi menyalurkan dana.

Menurutnya juga banyak perubahan berlaku ketika Ahli Parlimen Kubang Kerian Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menerajui Kementerian Sumber Asli dan Air (KASA) sebelum ini.

Kata beliau KASA meluluskan banyak projek bagi menaiktaraf sistem agihan bekalan air termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) yang baharu.

“Mantan menteri era kerajaan PN melulus projek bekalan air yang dilaksanakan AKSB.

“Oleh itu kita yakin dalam setahun dua ini akan nampak impak yang lebih besar bagi menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/8/2023

- Advertisement -