Di sebalik nama Cikgu Azhar 

Azhar Ibrahim
- Advertisement -

JERLUN: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim atau lebih mesra disapa Cikgu Azhar oleh masyarakat setempat kerana sebelum ini beliau adalah seorang pendidik.

Beliau mula berkhidmat sebagai guru sekolah rendah pada tahun 1986, kemudian berpindah ke sekolah menengah pada tahun 2018 hingga 2002.

- Advertisement -

Cikgu Azhar berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan pernah dilantik guru penolong kanan pentadbiran pada 2001 sebelum terjun ke dunia politik.

Beliau mula bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan meraih 9,229 undian menentang A. Aziz Mohamod dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)  yang mendapat 8,692 undi; yang menyaksikan beliau menang dengan majoriti undi sebanyak 537.

Menjelang PRN 2023 pada 12 Ogos ini, Cikgu Azhar bertanding mempertahankan kerusinnya sebagai calon PERIKATAN NASIONAL (PN) dan bakal bakal berentap dengan calon Barisan Nasional (BN), Hayazi Azizan. . – HARAKAHDAILY 1/8/2023

- Advertisement -