Pengundi disaran terus legasi MBI 12 Ogos ini

- Advertisement -

PASIR MAS: Rakyat Kelantan yang berdaftar sebagai pengundi perlu meneruskan legasi Membangun Bersama Islam (MBI) pada 12 Ogos ini.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, legasi itu dicetuskan Allahyarham Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan diteruskan sehingga sekarang di bawah kepimpinan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

- Advertisement -

“Kita yakin rakyat Kelantan yang sangat matang berpolitik pandai buat pilihan tepat pada hari pengundian nanti,” katanya ketika ditemui di sini.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang berakhir semalam menyaksikan sebanyak 40 kerusi berlaku pertembungan satu lawan satu.

Mohd Nassuruddin yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkata, pengagihan PERIKATAN NASIONAL (PN) diwakili PAS bertanding di 39 kerusi dan Bersatu pula di enam kerusi.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) bertanding di 14 kerusi, iaitu Amanah dan PKR masing-masing tujuh kerusi, manakala Umno 31 kerusi.

Empat kerusi menyaksikan pertembungan tiga penjuru, iaitu di Dun Chempaka, Tendong, Jelawat dan Temangan, manakala di Dun Kota Lama berentap empat penjuru.

Seramai 1,411,912 rakyat Kelantan yang layak mengundi akan melaksanakan tanggung jawab mereka pada 12 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 30/7/2023

- Advertisement -