Kegemilangan zaman TSKI, hilang di era Pakatan Harapan

- Advertisement -

BERCAMPUR baur perasaan tengok gambar ini.

Wajah-wajah ceria Exco PAS Selangor bersama Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI). 

Zaman kegemilangan Selangor bersama Menteri Besar kebanggaan rakyat.

Tahukah anda, pada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, Rizab Kerajaan Negeri Selangor telah meningkat naik daripada RM1.47 bilion sehingga mencecah RM3.2 bilion. 

Kerajaan Negeri ketika itu yang turut dianggotai oleh Exco PAS; Dato Iskandar Samad, Dr. Halimah Ali, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Dr. Ahmad Yunus telah melaksanakan RMK Ke-9 dan berjaya menyiapkan 1,108 projek daripada 1,437 projek (77.1 peratus).

Boleh baca di sini,  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02vAQasV6uvGp4aaXcPZmf65JKNJP14GEDWu7RNryizYff9DkEWS3SVYfsHE13Uzt7l&id=100050678670522 

Ketika itu, ada banyak inisiatif yang bermanfaat telah digerakkan.

Antaranya adalah penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor yang menunjukkan peningkatan GPS (Gred Peratus Sekolah) pada tahun lalu dan telah melahirkan ramai huffaz profesional.

Tidak sia-sia usaha Exco PAS memperjuangkan peruntukan untuk Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS).

Semoga ia menjadi saham akhirat juga buat Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah meluluskannya.

Tiada siapa boleh menafikan kehebatan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di zaman Allahyarham dan rekod cemerlang para Exco PAS.

Namun malang buat rakyat Selangor apabila banyak skim dan insentif membela kebajikan rakyat yang diperkenalkan di zaman Allahyarham dahulu kini sewenang-wenangnya dihapus dan dipotong oleh kerajaan negeri.

Insya-Allah, PRN ini kita akan berusaha membawa perubahan di Selangor dan mengembalikan era kegemilangannya melalui #SelangorBaharu

USTAZ NUSHI DATO DR MAHFODZ
Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor
20 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 20/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -