Naratif ‘gelombang hijau’ DAP

- Advertisement -

PAS telah mencapai kerusi terbanyak dalam kalangan semua parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan ini menjadi kebimbangan DAP. Gusarnya DAP jika Islam berkuasa.

- Advertisement -

Maka diterbitkan istilah ‘gelombang hijau’ dengan tujuan songsang.

DAP cuba menimbulkan ketakutan terhadap ‘gelombang hijau’ dengan memburukkan PAS. Namun, wajah buruk DAP yang terzahir.

Hujah yang diketengahkan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa tindak-tanduk DAP kini kian melampau telah terbukti.

Serangan dan fitnah terhadap PAS dibuat melalui berbagai saluran media bagi mencipta persepsi dalam kalangan pengundi bukan Islam.

Isu pengharaman arak dan judi di negeri PAS membuatkan DAP tidak senang duduk.

Adakah DAP ini tidak belajar apa-apa daripada kerjasama yang pernah terjalin dengan PAS dalam Pakatan Rakyat?

PAS bahkan pernah berdialog bersama pemimpin besar DAP bagi menjelaskan kekeliruan mengenai Islam, seperti menyiram air ke daun keladi. Perjuangan PAS melalui lunas demokrasi ini juga yang disalahkan.

Itulah sikap DAP. Menegakkan Islam dianggap satu kesalahan yang menakutkan tanpa mereka cuba mengkaji Islam.

Sedangkan sejarah membuktikan bagaimana orang bukan Islam hidup aman dan damai di negara-negara Islam ketika Islam memerintah dunia, bukannya ekstrem seperti yang DAP gambarkan.

YB Dr. NAJIHATUSSALEHAH AHMAD
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia
Adun Bota
11 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 11/7/2023

- Advertisement -