Bila PH terbelit oleh persepsi diciptakan sendiri

- Advertisement -

POSTING yang hampir serupa saya pernah siarkan pada 27 Jun lalu.

Hari ini mereka telah berada dalam fasa meyakini persepsi yang mereka sendiri bina. Sehingga kini, mereka yang menggunakan 3R dalam kempen mereka tanpa mereka sedar.

Mula-mula mereka main persepsi kata PAS ada idealisme takfiri.

Selepas itu mereka mula percaya dengan persepsi mereka sendiri.

Selepas itu mereka menyerang PAS dengan segala macam putar belit cuba memalitkan perkara takfiri dengan PAS.

Selepas itu, bila ulamak doa sebut ‘musuh Allah’, mereka terasa dan melompat.

PAS tak buat apa pun.

Dia baling batu,
Kena diri sendiri,
Dia yang mengadu,
Tuding jari semua orang salah.

Tak perlu layan politik macam ni…

Tapi PDRM perlu ambil tindakan atas mereka.

https://fb.watch/lIBFF3ItdQ/?mibextid=Nif5oz

USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN
Naib Yang Dipertua
PAS Kawasan Kuala Krau – HARAKAHDAILY 11/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -