DAP ketakutan hadapi peralihan sokongan

- Advertisement -

PULAU Pinang mempunyai 40 kerusi DUN. Di mana 26 daripada 40 kerusi DUN itu adalah kerusi campuran dengan Melayu sebagai bukan majoriti pengundi.

Manakala 14 kerusi lagi ialah kerusi Melayu yang mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi Melayu.

Pada PRU15 lalu, Pulau Pinang menyaksikan kerusi Melayu beralih kepada PN.

PN merampas Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor daripada BN dan mengalahkan PH di kerusi Permatang Pauh yang sinonim dengan keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Data SPR menunjukkan PN memenangi bahagian terbesar sokongan daripada pengundi kali pertama.

Manakala PH kehilangan undi secara keseluruhan berbanding prestasi mereka pada PRU14. BN juga menyaksikan pengurangan undi.

Peralihan undi rakyat kepada PN ini menjadi kegusaran PH-BN sehingga DAP terpaksa memainkan sentimen 3R bagi meraih undi.

Insya-Allah PN akan kuasai hampir 20 kerusi di Pulau Pinang dalam PRN ini.

#PenangJomKalih


YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Pulau Pinang
ADUN Penaga – HARAKAHDAILY 11/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -