Kelantan negeri pertama pelopori Penghayatan Hari Wukuf

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan negeri pertama yang mempelopori program Penghayatan Hari Wukuf di negara ini sempena ibadat wukuf yang dikerjakan jutaan jemaah haji di Makkah bagi menyempurnakan rukun haji.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan menjadikan 9 Zulhijjah setiap tahun sebagai hari cuti umum yang bermula tahun lepas.

Katanya tahun ini program serupa turut dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu.

“Program ini bukan suatu amalan bidaah, kita bukan mengatakan kita wukuf di Padang Arafah, sebaliknya kerajaan negeri menamakan program tersebut sebagai Penghayatan Hari Wukuf,” katanya di sini semalam.

Beliau berucap sempena program Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Kota Bharu di Dataran Muhammadi dekat Masjid Muhammadi.

Program tersebut dihadiri kira-kira 500 peserta yang berpakaian putih. Tazkirah Penghayatan Hari Wukuf disampaikan Ustaz Zamri Zahari dari Maahad Tarbiah Mardiah Pengkalan Chepa.

Program serupa diadakan di 13 lagi kawasan parlimen di Kelantan termasuk Gua Musang dan Jeli. Kesemua peserta berpakain putih seumpama jemaah haji yang berihram di Padang Arafah. – HARAKAHDAILY 29/6/2023

- Advertisement -